Seorang lelaki dipercayai suspek yang terlibat dalam kes kematian tiga kanak-kanak di sebuah pangsapuri di Texas City, Texas pada Khamis akhirnya menyerah diri.

Pegawai polis, Ben Starr berkata pihaknya telah menerima panggilan pada lewat malam daripada seorang lelaki yang mengakui bahawa dia adalah individu yang dicari berhubung penemuan mayat tiga kanak-kanak tersebut.

Identiti sebenar lelaki tersebut bagaimanapun tidak didedahkan namun Starr memaklumkan lelaki berkenaan berusia 27 tahun.

Pada Khamis, polis telah menemui tiga mayat kanak-kanak berusia 2 dan 5 tahun, serta seorang bayi di sebuah apartmen.

Turut ditemui bersama dengan mayat-mayat tersebut ialah seorang wanita yang cedera di bahagian kepala akibat tembakan.

Wanita berkenaan kini dirawat di sebuah hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun hubungan antara wanita berkenaan dengan kanak-kanak tersebut masih belum diketahui.