SEOUL: Badan kesihatan awam yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengumumkan ia menandatangani perjanjian pelesenan dengan 27 pengeluar ubat generik, termasuk Celltrion Inc., Hanmi Pharm Co. dan Dongbang FTL dari Korea Selatan, bagi menghasilkan pil antiviral Molnupiravir untuk dibekalkan ke 105 negara.
Celltrion akan mengeluarkan ubat siap dan Dongbang FTL akan menghasilkan bahan mentah, manakala Hanmi akan menghasilkan kedua-duanya, menurut Agensi Berita Yonhap.
MPP, yang berfungsi untuk meningkatkan akses dan memudahkan pembangunan ubat-ubatan yang penting itu untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana, menandatangani perjanjian pelesenan dengan pembuat ubat AS tahun lepas bertujuan meningkatkan akses global untuk Molnupiravir.
Kerajaan Korea Selatan berikrar memberikan sokongan aktif untuk syarikat farmaseutikal dengan melonggarkan peraturan dan menubuhkan entiti perundingan yang melibatkan kementerian dan syarikat kerajaan, lapor Yonhap.
"Syarikat-syarikat yang ditawarkan lesen itu berjaya menunjukkan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan MPP yang berkaitan dengan kapasiti pengeluaran, pematuhan kawal selia dan keupayaan untuk memenuhi piawaian antarabangsa untuk ubat-ubatan yang terjamin kualitinya," kata MPP.
"Ini adalah langkah penting ke arah memastikan akses global kepada rawatan COVID-19 yang sangat diperlukan dan kami yakin, memandangkan pengeluar bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia, rawatan yang dijangkakan itu akan tersedia dengan cepat dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana," tambah kenyatan itu.
Senarai pengeluar generik MPP juga termasuk 10 syarikat India dan dua firma China, dan 13 daripada 27 syarikat akan mengeluarkan kedua-duanya iaitu bahan mentah dan ubat siap, menurut MPP.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Senarai pengeluar generik MPP juga termasuk 10 syarikat India dan dua firma China. - Foto fail/AP

Sukan SEA Hanoi | Memanah Compound Berpasukan Campuran sumbang emas
Malaysia kembali mendominasi acara memanah Compound Berpasukan Campuran selepas Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh menambah pungutan pingat emas Sukan SEA Hanoi buat negara, sebentar tadi.

Data Peribadi | Tindakan holistik bendung kebocoran maklumat
Kerajaan perlu bertindak secara holistik dalam membendung kebocoran maklumat peribadi dari terus dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Penipuan dalam talian serta kegiatan Scammer yang mampu memperdaya masyarakat termasuk golongan profesional serta berpendidikan tinggi adalah perkembangan yang amat membimbangkan. Bagi Wan Samsul Fatah Wan Arsyad, 32 tahun dan Mohd Faizul Sulaiman, 41 tahun kerajaan mempunyai kemampuan untuk mengatasi perkara berkenaan dan ia perlu disegerakan bagi memulihkan keyakinan orang awam terhadap keselamatan data peribadi mereka.

Sukan SEA Hanoi | Sie Yan sumbang emas ke-30 kepada Malaysia
Dua lagi atlet negara mendominasikan pentas gimnastik berirama pada Sukan Sea Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Sharmendran merintis perit demi hatrik emas kumite
R. Sharmendran mempertaruhkan segala pengalamannya untuk melakar hatrik pingat emas.

KPDNHEP Terengganu tumpas kegiatan seleweng lebih 16,000 liter diesel bersubsidi
Terdapat sambungan paip diubah suai, dipercayai untuk menyalurkan minyak diesel dari tangki asal ke ruang simpanan lori.

Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
CEO Tesla, Elon Musk telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan dilakukan.

Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara
Dua atlet negara turut mendominasikan pentas gimnmastik berirama pasa Sukan SEA Hanoi, pada Khamis.

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Abang Jo luluskan peruntukan khas JPBN Sarawak beli pil COVID-19 keluaran Pfizer
Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan khas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) bagi proses pembelian pil COVID-19.

Tiga pengeluar ubat Korea Selatan bakal hasilkan pil COVID-19 Merck
Ia bagi menghasilkan pil antiviral Molnupiravir untuk dibekalkan ke 105 negara.