awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO, ADUN dan Exco negeri buat laporan polis isu Fahmi Reza hina Institusi Diraja Johor

Bernama
Bernama
17/12/2025
06:30 MYT
NGO, ADUN dan Exco negeri buat laporan polis isu Fahmi Reza hina Institusi Diraja Johor
Exco Negeri Johor Aznan Tamin berkata laporan polis itu dibuat bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail @ Md On. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Beberapa pemimpin negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil rakyat di Johor, hari ini membuat laporan polis berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan dan visual bersifat melampau, provokatif serta menghina Institusi Diraja Johor.

Ringkasan AI
  • Pemimpin negeri, NGO, dan wakil rakyat di Johor membuat laporan polis berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan provokatif serta menghina Institusi Diraja Johor.
  • Hantaran yang menggunakan nama Fahmi Reza disifatkan mencabar prinsip kedaulatan Raja Berperlembagaan dan boleh mengganggu keharmonian awam, keselamatan, serta kestabilan sosial.
  • PDRM Johor menyiasat kes berkenaan melalui pasukan USJT Bukit Aman tanpa mengeluarkan kenyataan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata laporan polis itu, dibuat bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail @ Md On.
Beliau berkata hantaran berkenaan yang menggunakan nama Fahmi Reza bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat Johor, malah berpotensi mencetuskan keresahan dan ketegangan dalam masyarakat sekiranya tidak dibendung.
"Perbuatan sedemikian jelas mencabar prinsip kedaulatan Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan boleh mengganggu keharmonian awam, keselamatan serta kestabilan sosial.
"Kesemua laporan polis ini dibuat berhubung kenyataan oleh Fahmi Reza yang dilihat bersifat menghasut serta menghina Pemangku Sultan Johor dan Institusi Diraja Johor," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Aznan menegaskan bahawa Institusi Raja-Raja Melayu merupakan tonggak utama perpaduan, kestabilan dan kelangsungan negara, dan sebarang cubaan untuk merendahkan atau memprovokasi sentimen rakyat terhadap institusi tersebut, sama sekali tidak boleh diterima.
Beliau berkata laporan polis berkenaan dibuat melibatkan pelbagai NGO dan persatuan belia negeri serta daerah, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, lebih 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor serta ketua-ketua UMNO bahagian bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan yang segera, telus dan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Hasutan 1948 dan undang-undang berkaitan.
Semalam, tular di laman sosial Facebook satu hantaran oleh individu bernama Fahmi Reza yang dikatakan menyentuh Institusi Diraja Johor dengan kandungan berbunyi, "Apa masalah TMJ ini sebenarnya? Kenapa nampak seolah-olah dia boleh bertindak sesuka hati dan buat apa sahaja yang dia suka tanpa sebarang had, sempadan atau akauntabiliti yang jelas, tanpa batasan undang-undang?".
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mengecam tindakan individu berkenaan.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat oleh pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Menurut kenyataan itu, setakat ini PDRM Johor tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu tersebut.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#laporan polis
#hantaran di media sosial
#Fami Reza
#hina Institusi Diraja Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan