awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek ditahan dipercayai terlibat letupan bom di Pattani

Bernama
Bernama
10/06/2019
05:53 MYT
Tiga suspek ditahan dipercayai terlibat letupan bom di Pattani
Pihak keselamatan menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Mukim Makrud, Pattani pada 8.45 pagi (waktu tempatan), individu dipercayai menghantar dan membawa lari suspek dari tempat kejadian. - Google Maps
Pihak keselamatan Thailand menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insden letupan di Pasar Bo Thong, Nong Chik, Pattani yang meragut dua nyawa dan mencederakan 22 lagi pada 27 Mei lalu.
Jurucakap Tentera Bahagian Ke-4, Kol Pramote Prom-in berkata hasil risikan dan maklumat orang awam serta hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga lelaki berumur antara 23 hingga 27 tahun itu ditahan di Pattani, semalam.
Beliau berkata pihak keselamatan menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Mukim Makrud, Pattani pada 8.45 pagi (waktu tempatan), individu dipercayai menghantar dan membawa lari suspek dari tempat kejadian.
"Hasil soal siasat, pasukan keselamatan berjaya menahan dua lagi suspek yang berusia 23 dan 27 tahun di Pattani. Lelaki yang berusia 23 tahun itu dipercayai suspek yang mengaktifkan bom dalam kejadian letupan manakala lelaki 27 tahun itu kelihatan berlegar-legar di tempat kejadian.
"Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian letupan bom," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Pramote berkata ketiga-tiga suspek kini ditahan di Kem Ingkayuthaborihan, Nong Chik yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian untuk membantu siasatan.
Beliau berkata pihak keselamatan sedang mempergiatkan usaha untuk menjejaki seorang lagi suspek yang masih bebas.
"Suspek yang dikenali sebagai Abdul Qadir Satapho dari Mukim Pak Lo merupakan individu yang memasang bom pada motosikal," katanya.
Pada 27 Mei, seorang remaja, 14 tahun, dan seorang wanita, 35 tahun, maut dalam kejadian yang berlaku pada 4.15 petang (waktu tempatan). Lagi 22 yang lain cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan empat orang renjer yang sedang mengawal keselamatan di Pasar Ramadan itu.
Dalam kejadian itu, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram dipasang pada sebuah motosikal dan diaktifkan dengan menggunakan walkie-talkie.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keganasan
#letupan bom
#Pattani
#polis
#selatan thailand
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan