awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga tentera AS terbunuh di Jordan: “Amerika tidak mahu berperang dengan Iran” - John Kirby

Agensi
Agensi
29/01/2024
22:45 MYT
Tiga tentera AS terbunuh di Jordan: “Amerika tidak mahu berperang dengan Iran” - John Kirby
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby menegaskan, AS akan melakukan apa yang diperlukan untuk melindungi diri mereka, namun, tidak akan berperang dengan Iran. - Gambar fail AP
WASHINGTON : Walaupun Amerika Syarikat (AS) telah berikrar untuk bertindak balas terhadap pembunuhan tiga anggota tenteranya di Jordan hujung minggu lalu, namun, negara Uncle Sam itu tidak pernah menyimpan hasrat untuk melancarkan konfrontasi ketenteraan dengan Iran yang disebut sebagai ‘dalang’ di sebalik tragedi itu.
Jaminan ini diberikan jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby.
Ditanya wartawan sama ada White House dan Pentagon sedang melihat sasaran yang berpotensi dalam sempadan Iran, Kirby menegaskan: “AS "tidak mahu berperang perang dengan Iran."
Namun begitu, Kirby menegaskan, Iran bertanggungjawab melatih, menggalakkan dan mengatur kumpulan bersenjata yang beroperasi di Iraq dan Syria yang melakukan serangan dron terhadap tentera AS di Jordan.
Sebelum itu, dalam taklimat harian White House kepada media pada Isnin, Kirby memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga tentera AS yang terkorban dan berkata bahawa mereka terlibat dalam misi "penting" menentang Negara Islam (IS) di rantau ini.
"Kami tidak mencari perang lagi. Kami tidak berusaha untuk meningkatkan ketegangan. Tetapi kami benar-benar akan melakukan apa yang diperlukan untuk melindungi diri kami," jelas Kirby.
Setakat ini juga, beliau enggan berkongsi tindak balas bagaimana yang akan diambil oleh AS terhadap pihak yang melancarkan serangan dron sehingga menyebabkan tiga tenteranya terbunuh dan lebih 30 orang cedera.
Pada Ahad, tiga anggota tentera AS terbunuh dan lebih 30 lagi cedera dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria, kata tentera AS.
“Sementara kami masih mengumpul fakta mengenai serangan ini, kami tahu ia dilakukan oleh kumpulan militan radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq,” dakwa Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#tentera AS terbunuh
#serangan dron di Jordan
#John Kirby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan