awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok mungkin dikenakan undang-undang di Australia

Bernama
Bernama
19/07/2023
12:33 MYT
TikTok mungkin dikenakan undang-undang di Australia
Pada April lepas, kerajaan Australia melarang pegawainya daripada menggunakan TikTok pada peranti masing-masing dan tindakan itu disifatkan sebagai "mengecewakan" oleh pegawai TikTok di Australia. - Gambar fail/Reuters
ANKARA: TikTok berkemungkinan berdepan tindakan undang-undang di Australia berikutan kegagalannya mengemukakan dokumen kepada jawatankuasa Senat yang menyiasat campur tangan asing melalui media sosial, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Rabu.
James Paterson yang mempengerusikan jawatankuasa itu, berkata TikTok gagal menjawab soalan jawatankuasa dan mengemukakan dokumen yang diperlukan.
"(TikTok) gagal memenuhi tarikh akhir untuk menjawab semua soalan dalam notis siasatan," kata Paterson.
Jawatankuasa itu sedang menyiasat campur tangan asing di Australia melalui media sosial.
Terdahulu, jawatankuasa itu meminta TikTok menjawab 15 soalan berkaitan proses pengumpulan data aplikasi dan akses jurutera China kepada data pengguna Australia, sehingga 14 Julai.
"Saya menjangkakan semua saksi dalam siasatan itu akan segera menjawab soalan yang dikemukakan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya, jika perlu, terhadap mana-mana saksi yang tidak patuh kepada keputusan Senat," kata Paterson.
Mereka yang menolak perintah jawatankuasa Senat boleh dikenakan tindakan kerana melakukan penghinaan dan berdepan sama ada didenda atau dipenjara sehingga enam bulan.
Pada April lepas, kerajaan Australia melarang pegawainya daripada menggunakan TikTok pada peranti masing-masing dan tindakan itu disifatkan sebagai "mengecewakan" oleh pegawai TikTok di Australia.
Australia, negara terakhir dalam "Five Eyes", sebuah perikatan perisikan yang turut disertai Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang melarang pegawai kerajaan menggunakan aplikasi itu pada peranti rasmi mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#peranti rasmi
#keputusan Senat
#perikatan perisikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan