Keputusan Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson menggantung Parlimen selama lima minggu sebelum ini adalah tidak sah.
Hakim Mahkamah Agung Britain mendapati keputusan dibuat Johnson itu bertentangan dengan laras undang-undang.
Antara lain, presiden Mahkamah Agung, Lady Hale memutuskan adalah menyalahi undang-undang apabila tidak membenarkan ahli-ahli Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka menjelang Brexit pada 30 Oktober ini.
Johnson yang kini semakin tertekan dengan desakan letak jawatan mengakui tidak bersetuju dengan keputusan tersebut tetapi tetap menghormatinya.
Sementara itu, pegawai kanan kerajaan berkata Ratu Elizabeth dimaklumkan Johnson mengenai perkembangan berkenaan tetapi butiran terperinci perbualan bagaimanapun tidak didedahkan.
Johnson turut mempengerusikan perbualan telefon selama 30 minit dengan barisan Kabinet sekembalinya ke London dari New York.
BACA: Rang undang-undang halang Brexit tanpa perjanjian diluluskan Parlimen Britain
Pada 29 Ogos lepas, Ratu Elizabeth memperkenankan permintaan Perdana Menteri UK itu untuk menggantung Parlimen sejak Isnin lepas hingga 14 Oktober ini.
Bagaimanapun, selepas keputusan tidak sah itu, Parlimen UK akan bersidang semula pada jam 11.30 pagi waktu tempatan untuk membincangkan berkenaan isu Brexit.
BACA: 21 Ahli Parlimen UK 'belot', Boris Johnson kalah undi di Parlimen
Bercakap di New York untuk kali pertama selepas pengumuman mahkamah itu, Johnson berkata beliau sangat tidak setuju dengan keputusan itu tetapi tetap akan menghormatinya.
"Saya mempunyai penghormatan tertinggi, sememangnya, untuk badan kehakiman dan kebebasan mahkamah kita, tetapi saya harus kata yang saya sangat tidak setuju dengan penghakiman ini.
"Dan kita di United Kingdom tidak akan terhalang daripada menyampaikan kehendak rakyat untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Oktober, kerana itu yang kami diberi mandat untuk lakukan," katanya.
Menurutnya, beliau akan meninggalkan Amerika Syarikat untuk menghadiri sidang Parlimen di London.
"Pada masa yang sama, kami enggan dihalang daripada merealisasikan apa yang anda harapkan, iaitu satu agenda domestik yang dinamik dan menarik, bertujuan menjadikan negara kita lebih baik untuk kehidupan serta pelaburan.
"Oleh itu, kita akan teruskan dengan pelaburan infrastruktur, dengan 20,000 anggota polis, dengan melabur dalam NHS kami.
"Dan untuk melakukan itu, kami memerlukan Ucapan Ratu untuk menyatakan apa yang kami mahu lihat, iaitu Brexit disampaikan pada 31 Oktober," tambahnya.
Astro Awani
Tue Sep 24 2019

Keputusan Boris Johnson menggantung Parlimen selama lima minggu adalah tidak sah, menurut hakim Mahkamah Agung Britain. -Gambar fail

Program Imunisasi COVID-19 dilancar di Sabah, Hajiji jadi penerima pertama
Kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan 195 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu.

AWANI Ringkas: Keputusan UMNO | Pendirian Bersatu diputuskan hari ini

Nestle buka stesen transit kuarantin COVID-19
Kos stesen transit itu akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman itu yang akan memberi tumpuan kepada golongan B40 dan golongan berpendapatan rendah.

Enam hospital pengajar universiti jadi pusat pemberian vaksin - Noraini
Keenam-enam HPU terbabit terlibat sebagai PPV bagi fasa pertama PICK dan telah menerima vaksin secara berperingkat sejak 25 Februari lalu.

Kerajaan tegas isu potong barisan vaksin COVID-19
Orang ramai boleh melaporkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) jika mendapat maklumat ada kes cubaan 'memotong barisan' sebagai penerima awal suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Runtuhan Pembinaan | Isu keselamatan pengguna jalan raya
Untuk bercakap mengenai isu keselamatan pengguna jalan raya ini kita terus Bersama Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Kanser Prostat: Kesedaran masih kurang - Pakar
Kelewatan pesakit kanser prostat menerima rawatan dan hanya datang ke hospital apabila berada dalam keadaan parah menunjukkan kesedaran terhadap penyakit itu masih berkurang di Malaysia. Menurut Pakar Urologi, UiTM UPSC Dr. Fam Xeng Inn, kesedaran kanser prostat di negara Asia lain adalah lebih baik berbanding Malaysia.

Politik | UMNO yakin susulan kemenangan beberapa siri PRK
Dr Hamidin juga mengaitkan keyakinan UMNO untuk berpisah dengan bersatu susulan siri kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil PRK sebelum ini. Beliau berpandangan, ini beri bayangan sokongan akar umbi terhadap parti itu masih kuat.

Terkesan COVID-19 | GSC harap kerajaan terus bantu industri pawagam
Kerajaan juga diharap terus membantu pengusaha industri pawagam yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19. Ia termasuk menimbang cadangan mengurangkan cukai hiburan kepada lima peratus berbanding 25 peratus yang dikenakan pada ketika ini.

Politik | Adakah penjajaran baharu menjelang PRU15?
Menurut Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid keputusan UMNO memutuskan kerjasama dengan bersatu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 dijangka akan buka penjajaran politik baharu. Hal ini juga akan turut mempengaruhi kualiti politik menjelang PRU15.

Britain rayu individu misteri pembawa varian P.1 munculkan diri
Individu berkenaan dilaporkan sudah positif COVID-19, namun gagal memberikan butiran lengkap mengenai dirinya.

Lebih 20 juta penduduk UK terima dos pertama vaksin COVID-19
Data berkenaan menunjukkan ia satu kejayaan besar kepada negara itu, terutama kepada usaha petugas barisan hadapan.

Climate action in your area! Blackpink dilantik duta isu perubahan iklim PBB
Blackpink menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri Britain Boris Johnson yang menjemput mereka sebagai duta di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB Ke-26.

PBB komited hadkan kenaikan suhu global
Isu perubahan iklim ini adalah isu penentu masa depan dan ia akan beri impak kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Jaguar menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025
Syarikat berkenaan ingin memberi penekanan kepada kelestarian kereta elektrik terhadap dua jenama keluarannya itu.

COVID-19: Sekatan di UK akan dilonggarkan dalam masa terdekat
Boris Johnson enggan memberi jaminan bahawa sekatan yang dikuatkuasakan kini bukanlah yang terakhir.

Boris Johnson optimis kurangkan sekatan selepas pelaksanaan pelan baharu
Boris Johnson optimis akan dapat mengurangkan sekatan perintah berkurung di England apabila pelan rancangan yang baharu dilaksanakan bulan ini.

Britain buka permohonan visa kepada warga Hong Kong
Selepas menetap lima tahun, mereka juga dibolehkan untuk memohon kewarganegaraan.

COVID-19: Masih awal untuk katakan bila sekatan dimansuh - Johnson
Apa yang pasti, Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson berkata, beliau menjangkakan negara itu akan berdepan beberapa minggu yang sukar.

COVID-19: UK tutup semua koridor perjalanan bermula Isnin
Penutupan koridor perjalanan ini akan berkuatkuasa sehingga 15 Februari.