BAITULMUQADDIS: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menyifatkan perjanjian di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran sebagai langkah buruk terhadap keselamatan Israel dan dunia bebas.
Menerusi hantaran di platform X, Smotrich menegaskan Israel bersedia meneruskan kempen untuk menumbangkan kerajaan di Tehran secara bersendirian melalui pendekatan yang lebih agresif.
ההסכם עם איראן רע לישראל ולעולם החופשי כולו. נקודה. למערכה המשותפת היו הישגים רבים בהחלשת איראן והם לא ירדו לטמיון. נצטרך להמשיך את המערכה להפלת המשטר בעצמנו ובדרכים יצירתיות ולוודא שלאיראן לעולם לא יהיה נשק גרעיני.
איש מבין המועמדים בעיני עצמם לראשות הממשלה לא היה עומד גם לא…— בצלאל סמוטריץ' (@bezalelsm) June 15, 2026
“Kempen bersama sebelum ini telah mencapai banyak kejayaan dalam melemahkan Iran, dan usaha itu tidak akan sia-sia.
“Kami perlu meneruskan kempen untuk menumbangkan kerajaan itu bagi memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear,” katanya.
Selain isu nuklear, Smotrich turut menyatakan komitmen untuk meneruskan operasi ketenteraan terhadap Hezbollah di Lubnan, meskipun berdepan tekanan antarabangsa.
Smotrich berkata keselamatan penduduk di wilayah utara Israel adalah keutamaan dan memerlukan kebebasan bertindak sepenuhnya kepada Angkatan Pertahanan Israel (IDF).
“Ini adalah perang kami, melibatkan anggota kami serta keselamatan penduduk utara. Tentera mesti diberi ruang sepenuhnya untuk mengekang ancaman Hezbollah,” katanya.
Kenyataan itu mencerminkan tentangan dalam kalangan pemimpin kanan Israel terhadap usaha rundingan damai yang sedang berlangsung di Asia Barat.