[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ganggu ketenteraman awam - Erdogan

Astro Awani 29/03/2025 | 00:30 MYT
Erdogan menegaskan bahawa Turkiye tidak boleh membiarkan anak muda terpengaruh dengan kumpulan atau individu tertentu dilabelnya sebagai "musuh negara". - Foto AP
ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, pada Jumaat menegaskan bahawa pasukan keselamatan negara akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengganggu ketenteraman awam, sambil menuduh pembangkang sebagai pihak yang mencetuskan provokasi.
Kenyataan itu dibuat selepas puluhan ribu rakyat Turkiye turun ke jalan membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, minggu lalu.
Setakat ini, ratusan penunjuk perasaan telah ditahan, termasuk ramai pelajar.
Beliau turut menegaskan bahawa Turkiye tidak boleh membiarkan anak muda terpengaruh dengan kumpulan atau individu tertentu dilabelnya sebagai "musuh negara".
"Kami tidak akan menutup mata terhadap gangguan ketenteraman awam semasa proses ini. Unit keselamatan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang menutup muka mereka, menyerang polis, atau mengganggu orang awam semasa mereka menjalankan tugas mereka.
"Kita tidak boleh kehilangan seorang anak muda kepada musuh bangsa dan negara kita, walaupun mereka telah ditipu dan jatuh ke dalam cengkaman pertubuhan marginal," katanya.
Protes terhadap penahanan Imamoglu semakin meningkat, dengan pihak pembangkang menyifatkan tindakan itu sebagai bermotif politik.
Namun, kerajaan menegaskan bahawa tindakan undang-undang ke atas Imamoglu adalah berdasarkan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
#Recep Tayyip Erdogan #protes #tindakan tegas #Ekrem Imamoglu