awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tolak cadangan Perancis iktiraf negara Palestin di PBB

Agensi
Agensi
25/07/2025
02:30 MYT
AS tolak cadangan Perancis iktiraf negara Palestin di PBB
Menurut Rubio, AS menolak sekeras-kerasnya rancangan Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Gambar AP
WASHINGTON: Washington menolak cadangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk mengiktiraf negara Palestin.
Menurut Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, cadangan itu disifatkan sebagai satu “tindakan yang tidak bertanggungjawab.”
Menerusi hantaran di X, Rubio menjelaskan, AS menolak sekeras-kerasnya rancangan untuk mengiktiraf negara Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Keputusan tidak bertanggungjawab ini hanya menguntungkan propaganda Hamas dan menjejaskan perdamaian.
"Ini adalah satu tamparan kepada mangsa-mangsa insiden 7 Oktober," tegasnya.
The United States strongly rejects @EmmanuelMacrons plan to recognize a Palestinian state at the @UN general assembly. This reckless decision only serves Hamas propaganda and sets back peace. It is a slap in the face to the victims of October 7th.
— Secretary Marco Rubio (@SecRubio) July 25, 2025
Terdahulu, Macron dalam kenyataan pada Khamis berkata, Perancis merancang untuk mengiktiraf negara Palestin pada September ini di Perhimpunan Agung PBB, dengan harapan langkah itu mampu membantu membawa keamanan di Asia Barat.
Dalam satu hantaran di platform X, Macron berkata: “Selaras dengan komitmen sejarah Perancis terhadap keamanan yang adil dan berkekalan di Asia Barat, saya telah membuat keputusan bahawa Perancis akan mengiktiraf negara Palestin.”
Beliau turut menegaskan, keperluan segera untuk menamatkan perang di Gaza dan melindungi penduduk awam.
Macron pada masa sama sekali lagi menggesa gencatan senjata serta-merta, akses bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza, pembebasan semua tebusan dan pelucutan senjata Hamas.
Sementara itu, Duta AS ke Israel, Mike Huckabee, sebelum ini pada Jun menyatakan bahawa beliau tidak lagi melihat penubuhan negara Palestin yang merdeka sebagai matlamat dasar luar AS.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bantuan kemanusiaan
#Emmanuel Macron
#PBB
#Marco Rubio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan