awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak perintah berkurung, Perancis tumpu sekatan perjalanan

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2021
01:19 MYT
Tolak perintah berkurung, Perancis tumpu sekatan perjalanan
Perancis memutuskan untuk tidak mengenakan perintah berkurung ketiga di seluruh negara itu pada Jumaat. -Gambar fail
PARIS:Perancis memutuskan untuk tidak mengenakan perintah berkurung ketiga di seluruh negara itu pada Jumaat.
Sebaliknya negara itu menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan yang lebih ketat di sempadan, meningkatkan kawalan polis, dan memastikan pematuhan terhadap arahan bekerja dari rumah.
Perdana Menterinya, Jean Castex berkata Perancis memberi perhatian kepada krisis kesihatan awam susulan kes COVID-19 yang telah meragut lebih 75,000 nyawa, ketujuh tertinggi di dunia.
"Kami tahu kesan serius (dari perintah berkurung).
"Pada malam ini, melihat data kepada beberapa hari terakhir, kami menganggap bahawa kami masih dapat memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjauhinya," ujarnya.
Pada masa sama, Perancis mengenakan larangan perjalanan dari luar negara Kesatuan Eropah (EU) bermula Ahad, kecuali untuk perjalanan penting.
Ia termasuk, syarat mewajibkan pelawat dari EU menunjukkan keputusan ujian PCR yang negatif kecuali pekerja dan pemandu trak yang merentas sempadan.
"Tanggungjawab kami adalah memastikan satu lagi perintah berkurung dapat dielakkan.
"Hari yang akan datang akan lebih mencabar," katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri itu juga berkata, tempat beli belah bukan makanan dengan keluasan lebih 20,000 meter persegi akan ditutup, peraturan baharu bekerja dari rumah dikuatkuasakan, dan larangan sambutan pesta di restoran dan bar.
Pada Jumaat, Perancis merekodkan 22,858 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes 3.15 juta.
Topic Berkaitan
#EU
#Kesatuan Eropah
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#perintah berkurung
#Jean Castex
#Bekerja Dari Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan