Tongkang karam di Mumbai, 26 maut, 49 masih hilang

Bernama
Mei 20, 2021 04:56 MYT
Imej satelit NASA menunjukkan Siklon Tauktae sedang menghampiri pantai barat India, 18 Mei, 2021. (Foto AP)
NEW DELHI: Sebanyak 26 mayat dijumpai di Laut Arab selepas sebuah tongkang karam dibadai Siklon Tauktae di 35 batu nautika dari Mumbai, lapor Agensi Anadolu.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan setakat ini 188 orang berjaya diselamatkan dan 49 lagi masih hilang, menurut jurucakap Tentera Laut India Komander Mehul Karnaik.
Tauktae membadai barat negeri Gujarat pada lewat Isnin dengan tiupan angin mencecah 185 kilometer sejam, menyebabkan banyak kemusnahan.
BACA: India dilanda taufan kuat Tauktae
-- BERNAMA
#maut #hilang #mayat #operasi #karam #Mumbai #India #Laut Arab #tongkang #Siklon Tauktae