awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dilanda taufan kuat Tauktae

Agensi
Agensi
17/05/2021
16:25 MYT
India dilanda taufan kuat Tauktae
Bencana itu muncul ketika India masih lagi berjuang dengan lonjakan kes COVID-19 yang cukup dahsyat. - Gambar REUTERS
SATU kejadian ribut siklon besar di Lautan Arab dilihat menuju ke pantai barat India pada Isnin ketika Mumbai menyaksikan hujan lebat yang berterusan.
Siklon Tauktae, yang sudah mengorbankan enam orang di selatan India, dijangka membadai bahagian Gujarat dengan kelajuan angin 175 kilometer sejam.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi India, angin kencang dan hujan lebat itu sudah membadai bandar pesisir barat India, Mumbai.
Bencana itu muncul ketika India masih lagi berjuang dengan lonjakan kes COVID-19 yang cukup dahsyat.
Umumnya, pantai barat India sering dibadai taufan luar biasa, namun akibat daripada perubahan iklim baru-baru ini, ia menjadi lebih kuat.
Pada Mei 2020, hampir 100 mangsa terkorban akibat dilanda Taufan Amphan yang menjadi ribut paling teruk di timur India dalam tempoh satu dekad.
Topic Berkaitan
#India
#Mumbai
#COVID-19
#Siklon Tauktae
#Lautan Arab
#taufan kuat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan