awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tongkang terbalik di Teluk Suez

Bernama
Bernama
02/07/2025
02:10 MYT
Tongkang terbalik di Teluk Suez
Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir menerima laporan daripada Syarikat Minyak Luar Pesisir Shukheir (Osoco) mengenai kejadian tongkang terbalik di kawasan Jabal Zeyt di Teluk Suez. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir pada lewat Selasa mengesahkan sebuah tongkang terbalik di Teluk Suez berhampiran pantai timur negara itu, ketika media tempatan melaporkan beberapa kematian dan puluhan pekerja masih hilang.
"Kami menerima laporan daripada Syarikat Minyak Luar Pesisir Shukheir (Osoco) mengenai kejadian tongkang 'Adam Marine 12' terbalik di kawasan Jabal Zeyt di Teluk Suez," menurut kenyataan kementerian yang dipetik Anadolu Ajansi.
Menteri Petroleum dan Menteri Buruh Mesir bergegas ke lokasi kejadian bersama pegawai kanan untuk menilai keadaan dan menyelia usaha tindak balas segera.
"Kami mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa dan sedang menyelaras bersama agensi berkaitan serta syarikat-syarikat yang beroperasi di kawasan itu," menurut Kenyataan itu.
Setakat ini, tiada angka kematian rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir.
Namun, menurut laporan Anadolu, beberapa media tempatan termasuk Al-Shorouk dan Youm7 melaporkan angka korban yang bercanggah.
Al-Shorouk melaporkan tiga kematian disahkan, enam individu berjaya diselamatkan dan 21 lagi masih hilang.
Ia turut melaporkan bahawa tongkang itu terbalik ketika sedang ditunda ke tapak kerja luar pesisir baharu berhampiran pelantar Ashrafi.
Sementara itu, Youm7 melaporkan empat kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teluk Suez
#tongkang terbalik
#syarikat minyak
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan