awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik sesak dijangka di pusat pemeriksaan Singapura menjelang Deepavali

Bernama
Bernama
26/10/2016
12:13 MYT
Trafik sesak dijangka di pusat pemeriksaan Singapura menjelang Deepavali
ICA turut mengingatkan pengembara supaya memeriksa dan memastikan mereka menggunakan pasport yang sah sebelum memulakan perjalanan. - Gambar fail
Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas dijangka sesak menjelang Deepavali pada Sabtu ini, demikian menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini.
"Pengguna boleh menjangkakan trafik sesak teruk untuk keluar dari Singapura pada 28 Okt manakala trafik masuk ke Singapura pula dijangka sesak pada 31 Okt," kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan.
ICA berkata ia akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kecekapan pelepasan sebanyak mungkin tanpa menjejaskan aspek keselamatan.
"Kami meminta kerjasama orang ramai apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat semasa waktu puncak," katanya.
ICA turut mengingatkan pengembara supaya memeriksa dan memastikan mereka menggunakan pasport yang sah sebelum memulakan perjalanan.
"Pasport mesti mempunyai baki tempoh sah selama enam bulan atau lebih," kata kenyataan itu.
Pihak berkuasa itu berkata pasport yang dilaporkan hilang atau dicuri tidak boleh lagi digunakan untuk perjalanan, walaupun ia telah dijumpai semula.
Sebarang cubaan untuk menggunakan pasport yang dibatalkan adalah kesalahan di bawah Akta Pasport dan boleh dihukum denda sehingga S$10,000 (RM29,800) atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali, katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#ICA
#Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan
#Tuas
#Woodlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan