awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi arak beracun: Angka kematian meningkat kepada 32 di India

Bernama
Bernama
17/04/2023
16:09 MYT
Tragedi arak beracun: Angka kematian meningkat kepada 32 di India
Setakat ini pihak polis telah menahan 108 orang berhubung kejadian itu dan merampas lebih 6,000 liter minuman keras semasa serbuan. - Gambar Sinar Harian
NEW DELHI: Angka kematian akibat pengambilan arak beracun di negeri Bihar timur India telah meningkat kepada 32 orang, lapor Xinhua memetik penyiar milik kerajaan All India Radio pada Isnin.
"Di Bihar, angka kematian akibat pengambilan minuman keras tiruan meningkat kepada 32.
"Angka itu dijangka meningkat ekoran 14 lagi dilaporkan kritikal dan mereka sedang menjalani rawatan di hospital berbeza di Motihari dan Muzaffarpur," menurut penyiar itu.
Kematian kali pertama dilaporkan pada Sabtu di daerah Champaran Timur (Motihari).
Penyiar itu memetik seorang pegawai kanan polis di Motihari, Kantesh Kumar Mishra sebagai berkata bahawa 14 pegawai dan kakitangan wad dari balai polis berbeza telah digantung tugas.
Setakat ini pihak polis telah menahan 108 orang berhubung kejadian itu dan merampas lebih 6,000 liter minuman keras semasa serbuan.
Sementara itu, Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar pada Isnin mengumumkan pampasan sebanyak US$4,881 kepada keluarga mangsa.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#minuman keras
#digantung tugas
#pampasan
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan