awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Halloween Itaewon: 19 warga asing terbunuh dalam rempuhan

Bernama
Bernama
30/10/2022
04:01 MYT
Tragedi Halloween Itaewon: 19 warga asing terbunuh dalam rempuhan
Sambutan pada Sabtu malam itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19. - REUTERS
SEOUL: Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan semasa sambutan Halloween di daerah Itaewon di Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak bomba.
Angka kematian meningkat kepada 151 dengan 19 daripadanya dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway, kata ketua jabatan bomba di Yongsan Choi Seong Beom dalam sesi taklimat.
Mereka yang terbunuh terdiri 97 perempuan dan 54 lelaki.
Presiden Yoon Suk Yeol dalam ucapannya secara langsung dari pejabat presiden berkata: "tragedi dan bencana pada Sabtu itu tidak sepatutnya berlaku."
Presiden juga mengumumkan negara akan berkabung susulan kejadian itu.
Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19.
Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#tragedi Halloween Itaewon
#rempuhan
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan