SEOUL: Pasukan penyiasat polis Korea Selatan menamakan enam suspek susulan tragedi Halloween di daerah Itaewon, yang mengorbankan 156 nyawa pada 29 Oktober lalu.
Memetik laporan portal CNN Indonesia, empat daripada suspek adalah pegawai polis.
Jurucakap pasukan penyiasat Kim Dong Wook memaklumkan enam suspek dimaksudkan adalah bekas ketua polis Yongsan Lee Im Jae, Pegawai Polis Metropolitan Seoul yang mengawal selia tragedi Halloween Ryu Mi Jin dan dua pegawai pasukan risikan dari Balai Polis Yongsan.
Antara lain yang tersenarai sebagai suspek temasuk Ketua Daerah Yongsan, Park Hee Young dan Ketua Bomba Yingsan, Choi Seong Beom.
BACA SEMUA BERHUBUNG TRAGEDI HALLOWEEN ITAEWON DI SINI
“Ryu dan Lee akan didakwa atas tuduhan lalai ketika tugas, manakala pegawai daripada pasukan perisikan akan didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pemusnahan bukti dan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian,” kata Kim, dipetik laporan The Korea Herald.
Dalam pada itu, kerajaan Korea Selatan turut memecat Lee dan Ryu daripada jawatan minggu lalu kerana didakwa cuai sekwatu menjalankan tugas mereka.
Kim turut memaklumkan pihak berkuasa Seoul akan mendakwa Park dan Choi atas tuduhan kecuaian profesional sehingga menyebabkan kematian.
Berdasarkan penemuan pasukan penyiasat, Lee sempat makan di sebuah restoran berhampiran Stesen Itaewon. Lee kemudian dilaporkan beredar ke lokasi kejadian kira-kira jam 9.47 malam (waktu tempatan) selepas menerima maklumat daripada orang ramai.
Lee dilaporkan tiba berhampiran Stesen Noksapyeong kira-kira sepuluh minit kemudian.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Lee dilihat keluar dari sebuah kereta sekitar pukul 10.55 malam (waktu tempatan). Dia dilaporkan tiba di lokasi kejadian lebih kurang 10 minit dengan berjalan kaki.
Dari rakaman CCTV, selepas turun dari kereta, Lee kelihatan berjalan santai di lokasi berkenaan.
Imej yang dipaparkan di rakaman televisyen tertutup CCTV menunjukkan dia seolah-olah tidak mengendahkan insiden rempuhan itu.
Seramai 26 warga asing yang maut dalam insiden itu termasuk lima dari Iran, empat mangsa masing-masing dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun serta seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan dan Sri Lanka.
Faida Rahim
Mon Nov 07 2022
Enam suspek dimaksudkan adalah bekas ketua polis Yongsan Lee Im Jae, Pegawai Polis Metropolitan Seoul yang mengawasi tragedi halloween Ryu Mi Jin dan dua pegawai pasukan risikan Balai Polis Yongsan. Gambar/Reuters
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tragedi Halloween Itaewon: Biden ucap takziah
AS bersama Korea Selatan pada masa yang tragis ini.