awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Halloween Itaewon: Lebih 150 disah maut, angka kematian dijangka terus meningkat

Bernama
Bernama
30/10/2022
14:50 MYT
Tragedi Halloween Itaewon: Lebih 150 disah maut, angka kematian dijangka terus meningkat
Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh manakala 103 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Itaewon, Seoul ketika sekumpulan besar pengunjung kebanyakannya berusia 20-an, berkumpul menyambut Halloween pada lewat Sabtu malam.
Angka kematian dijangka terus meningkat berikutan 37 mangsa mengalami kecederaan serius, lapor Agensi Berita Yonhap.
Sejumlah 95 mangsa yang maut berusia lingkungan 20-an diikuti 32 berumur 30-an, sembilan orang lingkungan umur 40-an dan empat lagi remaja, menurut seorang pegawai penguat kuasa.
Jumlah warga asing yang terbunuh mencecah 20 orang iaitu empat dari China dan Iran; tiga Rusia; masing-masing satu dari Amerika Syarikat, Perancis, Vietnam, Uzbekistan, Norway, Kazakhstan, Sri Lanka, Thailand dan Austria, menurut angka rasmi dikeluarkan pihak bomba.
Tragedi | Lebih 150 maut, 150 cedera dalam rempuhan acara Halloween di Seoul
BACA: Seoul menangis... Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?
Sementara itu, seramai 141 daripada 153 mangsa berjaya dikenal pasti dan keluarga mereka turut dimaklumkan.
Polis juga telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itaewon
#tragedi halloween
#angka kematian sebenar
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan