awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sedekah Ramadan: 11 terbunuh di Pakistan ketika berebut makanan

Agensi
Agensi
31/03/2023
23:15 MYT
Tragedi Sedekah Ramadan: 11 terbunuh di Pakistan ketika berebut makanan
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh ketika berebut mendapatkan makanan Ramadan di Karachi, Pakistan pada Jumaat. - Foto AP
KARACHI, PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh saat berebut mendapatkan sumbangan makanan sempena Ramadan di Karachi, Pakistan, pada Jumaat.
Kesemua mangsa terdiri daripada lapan wanita dan tiga kanak-kanak, media tempatan melaporkan, memetik pihak berkuasa tempatan.
Beberapa mangsa juga dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku ketika ratusan orang bersesak dan saling menolak satu sama lain semata-mata untuk mendapatkan makanan yang diedarkan di luar sebuah kilang.
Bahkan, terdapat beberapa mangsa yang terjatuh ke dalam longkang berdekatan, kata jurucakap polis Mughees Hashmi.
Dianggarkan jumlah golongan kurang berkemampuan yang hadir pada program pengedaran makanan itu adalah sekitar 600 hingga 700 orang.
Menurut Hashmi, pemilik kilang berkenaan yang menganjurkan program sedekah itu tidak memaklumkan rancangan tersebut kepada pihak polis.
Katanya, sekiranya dimaklumkan mengenai pengedaran makanan itu, pihak berkuasa tentu sekali akan mengerahkan anggota untuk melakukan kawalan keselamatan.
Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari yang berasal dari wilayah Sindh di Karachi mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasat punca tragedi itu berlaku.
Dengan tragedi terbaharu semalam, jumlah kematian akibat berebut mendapatkan makanan di Pakistan sudah mencecah angka 21 orang sejak minggu lalu.
Program-program pengedaran makanan sempena bulan Ramadan di negara berkenaan bermula sebaik sahaja umat Islam mula melaksanakan ibadah puasa tahun ini.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Tragedi Sedekah Ramadan
#11 terbunuh di Pakistan
#berebut makanan
#pengedaran makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan