[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Tragedi solat Jumaat: Salah seorang pengganas di Christchurch disahkan warganegara Australia

Afiq Ariffin 15/03/2019 | 06:40 MYT
Perdana Menteri Australia turut mengutuk penyerang tersebut dengan menyifatkannnya sebagai "ekstremis bersayap kanan, pengganas ganas." - Gambar TWITTER@ScottMorrisonMP
Sekurang-kurangnya seorang daripada pengganas yang melepaskan tembakan rambang di dua lokasi masjid di Christchurch adalah warganegara Australia.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan perkara itu dalam sidang media khas di Sydney pada Jumaat.
Morrison juga turut mengutuk penyerang tersebut dengan menyifatkannnya sebagai "pengganas ekstremis berhaluan kanan".
BACA: Tragedi solat Jumaat: Jangan tular video insiden berdarah Christchurch! - Polis NZ
BACA : Tembakan rambang Christchurch: Dia masuk masjid, tembak jemaah
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Australia dan New Zealand, kita bukan hanya sekutu, kita bukan sekadar rakan kongsi, kita adalah keluarga dan bersepupu dengan New Zealand pada hari ini, kita berduka, kita terkejut, kita terkejut, kita marah.
"Agensi kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa New Zealand dan telah menyediakan kapasiti lain untuk menyokong sekiranya diminta," katanya.
Tragedi yang berlaku sewaktu orang awam menunaikan solat Jumaat itu juga melibatkan warga Malaysia.
Sehingga kini, Wisma Putra telah mengesahkan seorang individu yang tercedera berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.
#New Zealand #Perdana Menteri #Perdana Menteri Australia #Scott Morrison #Sydney #tembakan #tembakan rambang #warganegara