awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi solat Jumaat: "Saya hanya mampu berdoa semoga suami saya selamat"

Isabelle Leong
Isabelle Leong
15/03/2019
08:09 MYT
Tragedi solat Jumaat: "Saya hanya mampu berdoa semoga suami saya selamat"
Rahimi berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christchurch selama lima tahun. - www.nzherald.co.nz
SEPERTI minggu-minggu sebelum ini, Rahimi Ahmad tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor di Deans Avenune, Christchurch, New Zealand.
Rahimi, 39, juga sering ditemani anak lelakinya yang berusia 11 tahun.
Bagaimanapun, kunjungan Rahimi ke masjid berkenaan hari ini tidak sama seperti kebiasaannya.
Kelibat Rahimi tidak lagi kelihatan ekoran tragedi solat Jumaat yang tercetus di masjid berkenaan angkara pengganas.
Rahimi, warganegara Malaysia yang bertugas di negara itu tidak dapat dikesan.
Namun, anaknya yang berada di luar masjid telah dibawa oleh orang awam untuk diselamatkan.
Bagi isteri Rahimi, dia benar-benar buntu, resah dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kebimbangan yang bersarang di hati selepas mendapat berita mengejutkan itu.
Dikenali sebagai Azila, apa yang diharapkan wanita itu ialah suaminya selamat.
“Saya hanya mampu menunggu dan berdoa supaya Rahimi dapat menghubungi kita,” kata Azila seperti dilapor portal NZHerald.
“Rahimi ada bawa telefon bimbitnya jadi saya pasti dia akan dapat menghubungi kita dalam masa singkat tetapi buat masa ini, kita tidak tahu apa yang berlaku kepadanya," sambung Azila lagi.
Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christchurch selama lima tahun.
BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch
Baca: Tragedi solat Jumaat: Rakyat Malaysia antara mangsa tembakan masjid di Christchurch
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Deans Avenune
#Malaysia
#Masjid Al Noor
#New Zealand
#tembakan rambang
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan