Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan membentangkan RMK13 hari ini – Ikuti perkembangan di sini
INTERNATIONAL

Tragedi solat Jumaat: Tun Mahathir, pemimpin dunia kutuk tembakan rambang di masjid

Afiq Ariffin, Hasimi Muhamad 15/03/2019 | 09:22 MYT
Ketua negara majoriti Islam meluahkan rasa sedih di atas kejadian serangan yang berlaku di masjid Christchurch pada hari Jumaat. - Foto AP
TUN Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa kesal dengan tercetusnya tragedi tembakan secara rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand ketika solat Jumaat.

Menurut Perdana Menteri dalam kenyataan yang dimuatkan dalam laman Facebook, beliau berharap kerajaan New Zealand akan menangkap pengganas yang terlibat dalam kejadian itu dan melakukan perkara yang perlu di bawah undang-undang negara berkenaan.

"Kerajaan akan melakukan apa sahaja tindakan bagi memastikan rakyat Malaysia di sana selamat. Doa dan ingatan kami bersama-sama dengan mangsa dan keluarga insiden tembakan itu," kata Dr Mahathir.


Sependapat dengan Dr Mahathir ialah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan serangan pengganas itu adalah contoh "Islamophobia dan penindasan terhadap kaum yang semakin meningkat."

"Bagi pihak negara saya, saya mengucapkan takziah kepada dunia Islam dan rakyat di New Zealand, yang telah disasarkan oleh perbuatan yang agak menyedihkan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Tidak ketinggalan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan juga sangat terkejut dengan tragedi tembakan rambang itu.

Dalam reaksi yang dikongsi di laman Twitter, beliau berkata, tindakan keganasan itu tidak mempunyai agama.

“Doa mengiringi mangsa dan keluarga mereka,” katanya pada Twitter rasminya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark juga menzahirkan rasa sedih terhadap serangan berdarah di negaranya itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata: “Saya terkejut dengan laporan yang saya ikuti berhubung tembakan serius di Christchurch, New Zealand. Situasi masih berlaku tetapi ingatan dan doa kami bersama sepupu-sepupu kami warga New Zealand.”

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menyifatkan Australia dan New Zealand sebagai “keluarga”, Pemimpin Parti Buruh Australia, Bill Shorten berkata beliau sangat sedih dengan apa yang menimpa “abang dan kakak” mereka, hari ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Kami mengirimkan ucapan cinta dan takziah, kesedihan dan solidariti kami dalam masa yang sukar ini,” demikian katanya.

Perdana Menteri Britain, Theresa May juga dalam kemaskini di laman Twitter pula menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati terhadap serangan keganasan itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata hatinya begitu luluh mendengar khabar berita dari New Zealand.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara lain yang turut menzahirkan rasa simpati adalah Senator Australia, Penny Wong; bekas Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull; dan Datuk Bandar New York, Bill de Blasio.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 1.40 petang (waktu tempatan), sekurang-kurangnya 49 orang terkorban dan 48 orang cedera selepas pengganas melepaskan tembakan secara rambang di dua buah masjid di Christchurch sewaktu solat Jumaat.

Setakat ini tiga suspek telah ditahan oleh pihak berkuatkuasa New Zealand.

BACA: Tragedi solat Jumaat: Salah seorang pengganas di Christchurch disahkan warganegara Australia

BACA: Tragedi solat Jumaat: 'Lelaki itu rebah di sebelah kereta saya' - Saksi tembakan Christchurch


#Facebook #Imran Khan #keganasan #Mahathir Mohamad #Pakistan #Perdana Menteri #presiden #serangan #tembakan rambang #Tragedi Solat Jumaat #Turki #Twitter