awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Sri Lanka: Letupan kelapan, anggota polis antara yang terkorban

Agensi
Agensi
21/04/2019
10:36 MYT
Tragedi Sri Lanka: Letupan kelapan, anggota polis antara yang terkorban
Beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Colombo pada Ahad, menyebabkan ratusan terbunuh dan lebih 400 cedera. - Foto AP
Satu lagi letupan dilaporkan berlaku di Sri Lanka berhampiran kompleks perumahan di Dematagoda sebentar tadi, kata polis.
Ia merupakan yang kelapan susulan beberapa siri letupan di tiga gereja dan empat hotel di Colombo pada Ahad, yang setakat ini telah meragut lebih 150 nyawa.
Menurut laporan, tiga anggota polis turut terkorban dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang waktu tempatan itu.
BACA: Sri Lanka isytihar perintah berkurung berkuat kuasa serta-merta
BACA: Tragedi Sri Lanka: Satu lagi letupan berlaku
Terdahulu, beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan empat hotel di Colombo pada Ahad, menyebabkan ratusan terbunuh dan lebih 400 cedera.
Media tempatan melaporkan jumlah kematian mencecah 180 nyawa.
Letupan tersebut berlaku antara jam 8.30 hingga 9 pagi waktu tempatan, ketika penganut Kristian menyambut Hari Easter.
Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.
Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.
Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah terkini mereka yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Colombo
#Dematagoda
#letupan gereja di Sri Lanka
#sri lanka church explosion
#tragedi Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan