[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Tragedi stesen keretapi bawah tanah: Polis kesan suspek tembakan rambang

Agensi 13/04/2022 | 07:49 MYT
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terperinci berkenaan insiden tembakan rambang itu. - fotoREUTERS
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 10 cedera selepas terkena tembakan rambang dalam kereta api bawah tanah ketika waktu puncak di Brooklyn, New York pada Selasa.
Pihak berkuasa turut mengesahkan kejadian itu dilakukan oleh seorang lelaki bersenjata yang memakai topeng gas dan meledakkan bom tangan asap selain melepaskan tembakan bertalu-talu.
Lima mangsa tembakan kini berada dalam keadaan kritikal.
Setakat ini, 12 individu lain yang terlepas daripada tembakan kini dirawat kerana terhidu asap selain mengalami kecederaan lain.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terperinci berkenaan insiden tembakan rambang itu. - Foto REUTERS
Polis ketika ini cuba menjejaki seorang penyewa van yang mungkin ada kaitan dengan tindakan keganasan itu.
BACA: Jumlah mangsa cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York meningkat
Ketua Detektif James Essig berkata penyiasat tidak pasti sama ada lelaki itu yang dikenali sebagai Frank R. James, 62, mempunyai kaitan dengan serangan kereta api bawah tanah itu.
Pihak berkuasa turut meneliti perkongsian media sosial lelaki berkenaan, yang menyebabkan pihak berkuasa ketika ini mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Datuk Bandar New York, Eric Adams.
Komisioner Polis, Keechant Sewell sifatkan perkongsian itu sesuatu yang membimbangkan.
#tembakan rambang #Brooklyn #kereta api bawah tanah #Frank R James