awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York meningkat

Bernama
Bernama
13/04/2022
03:59 MYT
Jumlah mangsa cedera dalam  insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York meningkat
Serangan itu menyebabkan penguatkuasaan undang-undang di kawasan kejiranan Sunset Park Brooklyn diperketatkan lagi dan suspek kini sedang diburu. - Foto AP
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 16 orang cedera dalam serangan bersenjata di stesen kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York pagi Selasa, lapor Xinhua.
"Lima mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil dan kini menerima rawatan di hospital," menurut kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York Laura Kavanagh.
Sejurus selepas kereta api berhenti di Stesen 36th Street di kawasan kejiranan Sunset Park, seorang lelaki memakai jaket keselamatan tapak pembinaan beserta topeng gas melepaskan tembakan ke arah penumpang dan orang ramai.
"Tiada bahan letupan dikesan setakat ini dan kejadian tembakan belum diklasifikasi sebagai serangan pengganas," kata Pesuruhjaya Polis New York City Keechnat Sewell, sambil menambah motif kejadian masih disiasat.
Serangan itu menyebabkan penguatkuasaan undang-undang di kawasan kejiranan Sunset Park Brooklyn diperketatkan lagi dan suspek kini sedang diburu.
Tembakan di New York | Lima ditembak di stesen kereta api bawah tanah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#kereta api bawah tanah
#New York
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan