DUNIA
Tragedi tembakan Bondi: Australia kibar bendera separuh tiang
Bendera kebangsaan Australia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara hari ini sebagai tanda berkabung susulan tragedi tembakan maut di pantai Bondi, Sydney. - Foto REUTERS/Toby Melville
BENDERA kebangsaan Australia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara hari ini sebagai tanda berkabung susulan tragedi tembakan maut di Pantai Bondi, Sydney.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet Australia, langkah itu diambil atas permintaan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
Ia sebagai penghormatan kepada mangsa yang terkorban serta solidariti kepada keluarga mangsa dan komuniti yang terjejas susulan serangan berdarah yang berlaku semalam ketika sambutan perayaan Hanukkah di kawasan berkenaan.
Polis Australia mengesahkan seramai 16 orang maut dalam insiden tersebut, termasuk seorang suspek, manakala sekurang-kurangnya 40 lagi cedera, dengan beberapa mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Pihak berkuasa turut mendedahkan dua suspek yang dikenal pasti dalam serangan itu merupakan seorang ayah dan anak lelakinya, dan siasatan awal mendapati kejadian berkenaan mempunyai unsur serangan terancang.
Insiden tembakan itu mencetuskan panik apabila beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang sedang menghadiri sambutan kebudayaan Yahudi di kawasan tumpuan awam berkenaan.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri, sementara pasukan keselamatan dan perubatan bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
Albanese mengecam keras serangan itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan kejam yang bertentangan dengan nilai perpaduan dan keharmonian masyarakat Australia yang berbilang kaum dan agama.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberikan sokongan penuh kepada mangsa serta keluarga terlibat, selain mengambil langkah tegas bagi memastikan keselamatan awam diperkukuhkan.
Untuk rekod, komuniti Yahudi di Australia dianggarkan berjumlah sekitar 150,000 orang, dengan hampir satu pertiga daripada mereka menetap di kawasan timur Sydney, termasuk Bondi, yang sering menjadi lokasi perhimpunan dan acara kebudayaan.
Tragedi ini disifatkan antara insiden keganasan paling buruk pernah berlaku di Australia dalam beberapa dekad kebelakangan ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu terhadap keselamatan awam dan ancaman ekstremisme di negara itu.
Ringkasan AI
- Bendera kebangsaan Australia diturunkan separuh tiang hari ini sebagai tanda berkabung atas tragedi tembakan di Pantai Bondi, Sydney.
- Serangan berdarah semalam semasa sambutan Hanukkah menyebabkan 16 orang maut, termasuk seorang suspek, dan sekurang-kurangnya 40 cedera.
- Serangan terancang oleh seorang ayah dan anak lelaki di sambutan kebudayaan Yahudi mencetuskan kebimbangan keselamatan awam dan ancaman ekstremisme di Australia.