awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Catherine O’Hara, ibu Kevin dalam filem Home Alone meninggal dunia
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 termasuk suspek maut dalam insiden tembakan rambang di Pantai Bondi

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2025
10:31 MYT
10 termasuk suspek maut dalam insiden tembakan rambang di Pantai Bondi
Video tular menunjukkan dua penyerang menembak secara rambang ke arah pengunjung di Pantai Bondi. -Gambar fail/X @JeffBower4416
SYDNEY: Sekurang-kurangnya 10 orang maut, termasuk seorang suspek penembak, dalam insiden tembakan rambang di Pantai Bondi, di sini, pada petang Ahad, menurut Polis New South Wales (NSW).

Ringkasan AI
  • Insiden tembakan rambang di Pantai Bondi menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut, termasuk seorang suspek penembak, ketika orang ramai menghadiri sambutan perayaan Hanukkah.
  • Polis New South Wales mengesahkan seorang penembak mati di tempat, seorang lagi suspek ditahan dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti.
  • Sekurang-kurangnya 11 orang cedera, termasuk dua anggota polis, dengan pasukan bom dikerahkan setelah peranti bahan letupan ditemui di lokasi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Insiden berlaku sekitar jam 6.45 petang ketika orang ramai menghadiri sambutan perayaan Hanukkah di kawasan taman permainan Pantai Bondi.
Menurut laporan tempatan, beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari atas jambatan berhampiran Campbell Parade, mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung.
Polis NSW mengesahkan seorang penembak mati di lokasi, manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan dan berada dalam keadaan kritikal.
“Kami boleh sahkan 10 kematian, termasuk seorang lelaki yang dipercayai salah seorang penembak.
"Operasi masih diteruskan, namun tiada ancaman berterusan kepada orang awam,” kata jurucakap polis.
UPDATE: A police operation is ongoing after a public place shooting by two men at Bondi Beach earlier today. Ten people have been confirmed dead, including a man believed to be one of the shooters. The second alleged shooter is in a critical condition. At this time, a further https://t.co/lekTjxqf85
— NSW Police Force (@nswpolice) December 14, 2025
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera, termasuk dua anggota polis. Beberapa mangsa dilaporkan dibawa ke hospital menggunakan papan luncur oleh orang awam sebelum ambulans tiba.
Pasukan bom turut dikerahkan selepas satu peranti dipercayai bahan letupan buatan sendiri (IED) ditemui dan sedang dinyahaktifkan oleh skuad pemusnah bom.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyifatkan kejadian itu sebagai mengejutkan dan amat menyayat hati, dan memaklumkan kerajaan persekutuan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negeri untuk menyiasat insiden tersebut.
Pantai Bondi kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam dan kawasan sekitar dikawal ketat.
Polis menyeru orang ramai agar tidak menghampiri lokasi kejadian dan mematuhi semua arahan keselamatan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa bilangan kematian yang telah disahkan berlaku dalam insiden tembakan rambang di Pantai Bondi? A: Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk seorang suspek penembak telah meninggal dunia dalam insiden tersebut.
  • Q: Siapakah yang mengesahkan kejadian tembakan rambang di Pantai Bondi? A: Polis New South Wales (NSW) yang mengesahkan kejadian tembakan rambang di Pantai Bondi.
  • Q: Apakah yang menyebabkan panik dalam kalangan pengunjung semasa insiden tembakan rambang di Pantai Bondi? A: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari atas jambatan berhampiran Campbell Parade yang menyebabkan panik dalam kalangan pengunjung.
  • Q: Berapakah jumlah orang cedera termasuk anggota polis dalam insiden di Pantai Bondi? A: Sekurang-kurangnya 11 orang cedera termasuk dua anggota polis dalam insiden tembakan rambang di Pantai Bondi.
  • Q: Siapakah yang mendapat jangkauan bantuan perubatan dari orang awam sebelum ambulans tiba? A: Beberapa mangsa dilaporkan dibawa ke hospital menggunakan papan luncur oleh orang awam sebelum ambulans tiba di lokasi insiden.

Topic Berkaitan
#Pantai Bondi
#tembakan rambang
#Anthony Albanese
#lelaki bersenjata
#Campbell Parade
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan