awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2024
01:30 MYT
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Lazzarini berkata bekalan bantuan ke Gaza telah bertambah baik pada bulan April, namun masih berdepan beberapa masalah yang berterusan. - Foto AP
GENEVA: Trak yang membawa mayat dan tahanan dari Israel kembali ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menyekat penghantaran bantuan.
Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, bekalan bantuan ke Gaza telah bertambah baik pada bulan April, namun masih berdepan beberapa masalah yang berterusan.
Ini termasuk penutupan laluan biasa lantaran Israel bertindak membuang tahanan yang dibebaskan atau kadangkala membuang mayat yang dibawa ke Israel atau ke dalam Gaza.
Jurucakap UNRWA, Juliette Touma berkata, Israel telah menghantar 225 mayat ke Gaza dalam tiga kontena sejak Disember yang kemudiannya diangkut oleh agensi PBB ke pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk dikebumikan.
Tindakan itu telah menyebabkan penutupan laluan buat sementara waktu.
Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran tentang keadaan kematian mereka dan berkata, ia bukan mandat UNRWA untuk menyiasat.
Kerem Shalom adalah salah satu daripada dua laluan yang dikatakan oleh PBB kini dibuka antara Gaza dan jirannya Mesir dan Israel.
Pihak berkuasa Palestin sebelum ini berkata, Israel telah memulangkan mayat dari konflik Israel-Hamas selepas mengesahkan mereka bukan tebusan.
Topic Berkaitan
#Gaza
#mayat
#Tahanan
#bantuan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan