Senyuman manis terukir di wajah penduduk dengan kehadiran 10 buah 'trak Malaysia' di jalanan Kota Palu berlatarkan runtuhan bangunan di sini hari ini.
Senyuman itu penuh bermakna, namun mudah untuk menterjemah apa makna di sebaliknya.
Kegembiraan, kelegaan dan kesyukuran, itulah yang dapat wartawan tafsirkan mengenai senyuman itu, sesuatu yang sekian lama hilang sejak warga kota ini diuji dengan tragedi gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lalu.
Ini kerana, 'trak Malaysia' yang dibaluti Jalur Gemilang itu membawa muatan berupa barangan keperluan iaitu 3,000 pek makanan, 2,000 pek kebersihan (hygiene pack), 2,000 pek solat mengandungi sejadah dan telekung selain susu bayi, susu ibu mengandung, lampin bayi dan tuala wanita.
Bantuan itu merupakan sebahagian daripada program misi kemanusiaan kali kedua oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Jelas, bantuan ini tiba tepat pada masanya, di saat penduduk semakin kesempitan keperluan asas dan masih berusaha untuk bangkit daripada tragedi menyayat hati itu.
Trak yang membawa bekalan itu selamat tiba di Palu selepas menempuh perjalanan darat sejauh lebih 900 kilometer dari Makassar dengan perjalanan memakan masa kira-kira 37 jam.
Kesemua barangan bantuan berkenaan akan diedarkan sepenuhnya kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di kawasan sekitar Palu pada esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018
Sebanyak 10 trak misi kemanusian bencana dari Malaysia memasuki Kota Palu untuk mengedar bantuan seperti kelengkapan solat, makanan, pek kebersihan, susu bayi dan tuala wanita. - Bernama
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.