awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan runding tamatkan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam

Bernama
Bernama
27/01/2023
08:30 MYT
Trump akan runding tamatkan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam
Donald Trump berkata beliau boleh merundingkan penamatan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam dan mendakwa konflik itu tidak akan berlaku sekiranya beliau masih memegang jawatan presiden AS. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau boleh merundingkan penamatan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam dan mendakwa konflik itu tidak akan berlaku sekiranya beliau masih memegang jawatan presiden, lapor Sputnik.
"Jika saya presiden, perang Rusia/Ukraine tidak akan berlaku dan kini jika saya masih presiden, saya akan dapat berunding untuk menamatkan perang yang dahsyat dan semakin meningkat ini dalam tempoh 24 jam," kata Trump di Truth Social pada Khamis, dipetik oleh akhbar mingguan Newsweek AS.
Bekas presiden itu turut menggesa konflik dihentikan dan memberi amaran bahawa keputusan pentadbiran Presiden AS Joe Biden menghantar 31 kereta kebal M1A1 Abrams ke Ukraine mungkin mengakibatkan penggunaan senjata nuklear oleh Rusia.
Trump berulang kali memberi amaran bahawa krisis Ukraine boleh berakhir dengan Perang Dunia III.
Pada Rabu, Biden mengumumkan bahawa AS akan menghantar 31 kereta kebal Abrams ke Ukraine.
Namun pegawai AS berkata penghantaran kereta kebal ke medan perang dan latihan untuk Ukraine akan mengambil masa berbulan-bulan yang sudah pasti tidak pada masa untuk serangan balas yang didakwa Ukraine pada musim bunga.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Ukraine
#Donald Trump
#Bekas Presiden
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan