DUNIA
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
Papan iklan memaparkan gambar bendera Iran pada sebuah bangunan di Tehran, Iran, pada 24 Januari 2026. - Gambar Reuters
PARIS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis menyatakan harapan bahawa Washington tidak perlu melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran, meskipun Tehran terus mengeluarkan ancaman terhadap pangkalan tentera serta kapal pengangkut pesawat AS sekiranya diserang.
Trump berkata, beliau sedang berhubung dengan pihak Iran dan tidak menolak kemungkinan krisis dapat diselesaikan tanpa operasi ketenteraan, walaupun sebelum ini memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk Tehran ketika AS menghantar armada tentera laut besar ke rantau tersebut.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengadakan perbincangan dengan Iran, Trump menjawab: “Saya pernah berbual, dan saya merancang untuk terus berbual.”
Beliau menambah bahawa kumpulan tentera AS “sedang bergerak ke satu lokasi bernama Iran” dan berharap tidak perlu menggunakannya.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau menghadiri tayangan perdana dokumentari mengenai isterinya, Melania Trump.
Dalam masa sama, ketika tekanan dan retorik antara Washington, Brussels dan Tehran semakin memuncak, Setiausaha Agung Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersattu (PBB), Antonio Guterres menyeru agar rundingan nuklear diteruskan bagi mengelakkan krisis yang boleh membawa “kesan memusnahkan” kepada rantau tersebut.
Seorang jurucakap tentera Iran memberi amaran bahawa respons Tehran terhadap sebarang tindakan AS akan segera dan tidak terhad, serta jauh lebih agresif berbanding tindak balas terhad pada Jun tahun lalu.
Pegawai itu turut mendakwa, kapal pengangkut pesawat AS mempunyai “kelemahan ketara” dan bahawa pelbagai pangkalan tentera AS di Teluk berada dalam “jangkauan peluru berpandu jarak sederhana Iran”.
Seorang pegawai negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS berkata, kebimbangan terhadap potensi serangan AS ke atas Iran kini “sangat jelas”, sambil memberi amaran ia boleh menjerumuskan seluruh rantau ke dalam kekacauan, melumpuhkan ekonomi global dan melonjakkan harga minyak serta gas.
Dalam perkembangan berkaitan, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian mengadakan perbualan telefon bagi membincangkan usaha meredakan ketegangan.
Kesatuan Eropah (EU) pula mengambil langkah yang dianggap menambah tekanan apabila mengisytiharkan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sebagai organisasi pengganas susulan tindakan keras ke atas protes besar-besaran baru-baru ini.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menyifatkan keputusan itu sebagai “tepat pada masanya”, sambil menegaskan bahawa “terorisme adalah gelaran kepada rejim yang menghancurkan protes rakyatnya sendiri dengan pertumpahan darah.”
Iran segera mengecam tindakan EU itu, menyifatkannya sebagai “tidak logik, tidak bertanggungjawab dan bermotif jahat” serta menuduh blok berkenaan tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat dan Israel.
Pihak berkuasa Iran pula menuduh kedua-dua negara itu mengapi-apikan kekacauan dan menyusup agen untuk mengubah protes berkaitan isu ekonomi menjadi “rusuhan ganas.”
Di Tehran, rakyat meluahkan kegelisahan dan rasa tidak pasti dengan perkembangan semasa.
Seorang pelayan restoran berusia 29 tahun berkata: “Saya rasa perang tidak dapat dielakkan. Sesuatu mesti berlaku — baik atau buruk. Saya sendiri tidak pasti.”
Seorang wanita menganggur dari kawasan utara Tehran pula berkata, kehidupan ketika ini berada “pada titik paling rendah” ketika ini.
Trump sebelum ini pernah mengancam tindakan ketenteraan sekiranya penunjuk perasaan dibunuh dalam protes yang memuncak pada 8 dan 9 Januari.
Namun fokus beliau kini kembali kepada program nuklear Iran yang didakwa Barat sebagai usaha membangunkan senjata atom.
Trump sekali lagi memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk Tehran mencapai persetujuan nuklear, sambil menegaskan bahawa kumpulan serangan tentera laut AS kini berada dalam posisi “sedia dan mampu” untuk bertindak.
Sekatan internet yang dikenakan kerajaan Iran menyukarkan usaha menilai angka korban sebenar dalam protes.
Kumpulan hak asasi berpangkalan di AS melaporkan sekurang-kurangnya 6,479 kematian, manakala kumpulan lain menganggarkan angka sebenar berada pada “puluhan ribu.”
Pihak berkuasa Iran pula hanya mengesahkan lebih 3,000 kematian dan mendakwa majoritinya adalah anggota keselamatan atau orang awam yang dibunuh oleh “perusuh.”
Di ibu negara, papan iklan dan sepanduk baharu dipasang dalam usaha memperkukuh naratif kerajaan - termasuk satu poster gergasi yang menggambarkan kapal pengangkut pesawat AS sedang dihancurkan. - Agensi