awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump berhasrat pulihkan hubungan dengan Kim Jong-un

Bernama
Bernama
14/03/2025
04:00 MYT
Trump berhasrat pulihkan hubungan dengan Kim Jong-un
Pada Januari lalu, selepas dilantik sebagai presiden, Trump memberi isyarat untuk berhubung semula dengan Kim. - Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden. Beliau menegaskan bahawa mereka "sangat serasi" dan masih mengekalkan hubungan baik.
Menurut agensi berita Yonhap, Trump membuat kenyataan itu ketika sesi bersama media, menyifatkan Kim sebagai seorang pemimpin nuklear dengan "banyak senjata nuklear".
Beliau juga menegaskan bahawa pentadbirannya tetap berusaha untuk mencapai matlamat "pelucutan senjata nuklear sepenuhnya" Korea Utara.
"Ya, saya akan berbuat demikian," kata Trump, menjawab soalan wartawan sama ada dia mempunyai rancangan untuk memulihkan hubungan yang pernah terjalin semasa penggal pertamanya.
"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Kim Jong-un dari Korea Utara. Jika saya tidak dipilih dan Hillary (Clinton) yang menang, mungkin kita sudah berperang nuklear dengan Korea Utara," katanya.
Kenyataan Trump ini mencetuskan spekulasi bahawa beliau mungkin mahu memulihkan kembali diplomasi peribadi dengan Kim, yang sebelum ini membawa kepada tiga pertemuan bersejarah antara mereka - di Singapura (Jun 2018), Hanoi (Februari 2019), dan Zon Bebas Tentera Panmunjom (Jun 2019).
Pada Januari lalu, selepas dilantik sebagai presiden, Trump memberi isyarat untuk berhubung semula dengan Kim, menyifatkan pemimpin Korea Utara itu sebagai seorang yang "bijak".
Bagaimanapun, wujud spekulasi bahawa Pyongyang kini lebih bergantung kepada Rusia bagi mendapatkan bekalan makanan, bahan api, serta sokongan ketenteraan, sekali gus mengurangkan minatnya untuk kembali berunding dengan Washington.
Trump juga sekali lagi menyebut Korea Utara sebagai "kuasa nuklear", istilah yang lazimnya dielakkan oleh pegawai AS kerana ia boleh dianggap sebagai pengiktirafan terhadap pemilikan senjata nuklear Pyongyang.
Spekulasi itu reda apabila Rumah Putih berkata pentadbirannya berusaha mencapai pelucutan senjata nuklear sepenuhnya Korea Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Kim Jong-un
#Korea Utara
#pemimpin nuklear
#pulihkan hubungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan