awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri bayangan pecat Fauci selepas pilihan raya

Agensi
Agensi
02/11/2020
14:00 MYT
Trump beri bayangan pecat Fauci selepas pilihan raya
Donald Trump membayangkan kemungkinan memecat Fauci selepas pilihan raya. - Foto/Reuters
FLORIDA:Donald Trump membayangkan kemungkinan memecat Dr. Anthony Fauci selepas pilihan raya, sekali gus mengukuhkan spekulasi perseteruannya dengan pakar perubatan itu mengenai pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat (AS).
Bercakap kepada sekumpulan penyokong di Florida, Presiden AS itu mengeluh mengenai liputan media berkaitan COVID-19 sambil orang ramai melaungkan ungkapan 'pecat Fauci'.
"Jangan beritahu sesiapa, tetapi biarlah saya menunggu sehingga selepas pilihan raya.
"Tetapi saya hargai nasihat anda," kata Trump berkias mengenai perkara itu.
Kata Trump lagi, Fauci adalah "seorang lelaki yang baik tetapi dia banyak melakukan kesalahan".
Komen Trump mengenai Fauci muncul sehari selepas White House membidas kritikan doktor berkenaan, yang merupakan pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan.
Dalam temubual bersama The Washington Post sebelum ini, Fauci mengkritik cara Trump menangani wabak itu dan mengatakan AS 'berada dalam situasi terburuk'.
Jurucakap White House mendakwa kenyataan itu satu permainan politik Fauci menjelang pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Anthony Fauci
#White House
#Washington
#pandemik
#COVID-19
#pilihan raya
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan