DUNIA
Trump cadang Starmer guna tentera kawal sempadan UK
Trump membuat isyarat sambil berdiri di sisi Starmer semasa sidang media bersama di Chequers berhampiran Aylesbury, England. - Foto AP
LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, agar mempertimbangkan penggunaan tentera untuk menangani isu migrasi haram di sempadan United Kingdom (UK).
Ringkasan AI
Cadangan itu dibuat semasa sidang media bersama di kediaman rasmi Perdana Menteri, Chequers, sempena lawatan negara Trump ke UK.
Beliau menyatakan bahawa Britain berdepan cabaran serupa dengan AS berhubung kemasukan migran melalui laluan laut.
“Ramai orang masuk ke negara anda. Saya beritahu Perdana Menteri, saya akan hentikan perkara itu. Tidak kira jika anda perlu kerahkan tentera, tidak kira apa cara sekalipun,” kata Trump.
Beliau turut menambah bahawa migrasi haram boleh “memusnahkan negara dari dalam”.
Starmer, yang berdiri di sisi Trump, menegaskan bahawa kerajaan beliau mengambil isu migrasi haram dengan serius.
Beliau merujuk kepada perjanjian pemulangan migran dengan Perancis yang beroperasi secara “satu masuk, satu keluar”, dan menyatakan bahawa langkah itu adalah permulaan penting ke arah sistem yang lebih adil dan berkesan.
Setakat tahun ini, lebih 30,000 orang telah menyeberangi Selat Inggeris menggunakan bot kecil - angka tertinggi yang direkodkan sejak 2018.
Isu ini menjadi tekanan politik utama bagi kerajaan Starmer, yang sedang mencari penyelesaian jangka panjang.
Walaupun kedua-dua pemimpin menunjukkan kesepakatan dalam menangani migrasi haram, sidang media turut menyentuh perbezaan pendapat mereka mengenai pengiktirafan negara Palestin.
Trump menyatakan beliau “tidak bersetuju” dengan rancangan Starmer untuk mengiktiraf Palestin, namun kedua-duanya mengekalkan nada diplomatik sepanjang lawatan rasmi tersebut.
Ringkasan AI
- Presiden AS mencadangkan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, mempertimbangkan penggunaan tentera untuk menangani migrasi haram, menyifatkan isu itu sebagai ancaman dalaman.
- Starmer menegaskan komitmen terhadap penyelesaian sistematik, merujuk perjanjian pemulangan migran dengan Perancis sebagai langkah awal ke arah kawalan sempadan yang lebih adil.
- Walaupun bersetuju dalam isu migrasi, Trump tidak bersetuju dengan rancangan Starmer untuk mengiktiraf Palestin, namun kedua-dua pemimpin mengekalkan hubungan diplomatik sepanjang lawatan rasmi.