Calon-calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Demokrat, Hillary Clinton, dan dari parti Republikan, Donald Trump, masing-masing berdebat mengenai ekonomi, mempersoal polisi luar negara masing-masing dan saling mencelah hujah beberapa kali dalam perdebatan Presiden Amerika Syarikat yang pertama pada Isnin.
Selepas bertemu dan berjabat tangan serta bertukar senyuman, kedua-dua pesaing terus berentap. Clinton memanggil polisi cukai Trump sebagai 'Trumped-up trickle-down' sebagai mengejek polisi beliau yang tidak memberi banyak manfaat untuk rakyat, lapor Reuters.
Trump pula menuduh bekas Setiausaha Negara itu sebagai seorang yang omong kosong namun tiada tindakan diambil bagi melaksanakannya.
Masing-masing menuduh bahawa fakta mereka diputar belit dan salah dan ini membuatkan penonton menyemak laman web mereka bagi mendapatkan fakta sebenar. Hillary memanggil beliau Donald dan Trump memanggil Hillary sebagai Setiausaha Clinton.
“Saya merasakan bahawa saya akan dipersalahkan atas segalanya,” ujar Clinton, wanita pertama yang memenangi pencalonan presiden dalam parti politik utama AS.
“Kenapa tidak?” Trump membalas.
Sebaik sahaja debat dimulakan, mereka mengeluarkan kesemua hujah bagi visi ekonomi AS.
“Jenis rangka pelan yang Donald telah utarakan adalah untuk menjatuhkan semula ekonomi dan ini merupakan versi paling ekstrem, pemotongan cukai terbesar bagi peratusan rakyat tertinggi dalam negara ini yang pernah kita lakukan.
"Saya menggelarkannya Trumped-up trickle-down, kerana itu adalah apa yang bakal terjadi," kata
Clinton.
Polisi perdagangan
Trump, seorang taikun hartanah dan bekas bintang program realiti televisyen yang tidak pernah memegang jawatan dalam kerajaan, mengkritik Clinton atas polisi perdagangan.
Menurutnya, Clinton akan tetap meluluskan perjanjian perdagangan kontroversi dengan negara-negara Asia walaupun menentang idea itu sebagai calon.
“Anda memang menyokongnya. Kemudian anda dengar apa yang saya katakan mengenai betapa buruk perjanjian itu, dan anda berkata, ‘Saya tidak boleh menang perdebatan mengenainya’. Namun anda tahu jika anda menang, anda akan meluluskannya,” ujar Trump.
Clinton bagaimanapun menolak kritikan tersebut.
“Donald, saya tahu anda hidup dalam realiti sendiri, namun itu bukan faktanya,” katanya.
Clinton, 68, memakai persalinan pantsuit merah, manakala Trump, 70, memakai sut gelap dan tali leher biru dalam pertemuan debat yang menandakan perlumbaan yang semakin sengit ke White House.
Moderator Lester Holt ‘bertungkus-lumus’ untuk mengendalikan kedua-dua calon, dengan peralihan beberapa topik seperti polisi perdagangan, penentangan terhadap Daish dan tuduhan Trump mengenai Clinton yang mendedahkan banyak maklumat di laman webnya tentang kaedah untuk mengatasi kumpulan pengganas berkenaan.
Agensi
Tue Sep 27 2016
Trump dan Clinton berhabis-habisan memenangkan hujah masing-masing di hadapan jutaan penonton. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Trump, Biden saling menuduh sebagai pembohong
Polemik mengenai sistem penjagaan kesihatan Amerika Syarikat memanaskan debat pusingan pertama Presiden Donald Trump dan calon presiden Demokrat, Joe Biden.
Debat Presiden AS: Siapa menang, siapa kalah?
Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden 'dinobatkan' sebagai pemenang dalam debat Presiden AS pusingan pertama yang berlangsung, pada Rabu.
Trump didakwa 'kurang bijak' tangani krisis COVID-19
Calon Demokrat, Joe Biden menuduh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak bertindak 'bijak' menangani isu COVID-19 di negara itu.
Trump, Clinton bertembung pendapat, saling mencelah dalam Debat Presiden AS
Dalam debat pusingan pertama itu, kedua-dua calon dilihat mempertahankan hujah masing-masing dalam pelbagai isu selain menyerang secara peribadi.