Skip to main content

Dunia

Trump dakwa kawal penuh Selat Hormuz, tutup rapat hingga perjanjian dicapai

U.S. President Donald Trump delivers remarks to NCAA Collegiate National Champions in the State Dining Room at the White House in Washington, D.C., U.S., April 21, 2026. REUTERS/Kylie Cooper
Dalam hantaran di Truth Social, Trump berkata, laluan itu ditutup sepenuhnya sehingga Iran mampunya mencapai satu perjanjian. - Gambar fail/Reuters

KUALA LUMPUR: Presiden Donald Trump, pada Khamis mendakwa Amerika Syarikat (AS) telah mengambil alih kawalan penuh ke atas Selat Hormuz, sambil mengisytiharkan tiada kapal boleh melalui laluan perkapalan itu tanpa kelulusan Tentera Laut AS.

Dalam hantaran di Truth Social, Trump berkata, laluan itu ditutup sepenuhnya sehingga Iran mencapai satu perjanjian.

Advertisement

"Ia kini ditutup rapat sepenuhnya sehingga satu perjanjian damai dicapai dengan Iran. Terima kasih," katanya.

Selain itu, Trump mendakwa terdapat perpecahan dalam kepimpinan Iran selain menuduh negara itu sukar membuat keputusan termasuk siapa pemimpin mereka.

Beliau juga mendakwa berlaku perebutan kuasa dalaman yang semakin memuncak dalam kepimpinan negara Islam itu.

Dalam hantaran berasingan, Trump menyatakan beliau telah mengarahkan Tentera Laut AS supaya β€œmenembak dan membunuh” mana-mana kapal, termasuk bot kecil, yang disyaki meletakkan periuk api di laluan perairan tersebut.

Trump menegaskan agar tiada sebarang keraguan dalam melaksanakan arahan itu dan berkata operasi memusnahkan periuk api di selat berkenaan sedang dipertingkat kepada tahap tiga kali ganda.

Pada Rabu, rundingan damai yang didakwa berlaku di Islamabad, Pakistan gagal apabila tiada maklum balas daripada pihak Iran untuk hadir.

Malah, beberapa pemimpin Iran kemudiannya, mengeluarkan kenyataan menolak rundingan dengan AS sekali jika mereka masih berada di bawah ancaman negara itu.

Ini susulan Tindakan AS meletakkan kapal Tentera Laut di Selat Hormuz walaupun Iran telah mengumumkan pembukaan.

Must Watch Video