awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pengeluaran sekali gus boleh jejas keselamatan persaraan jangka panjang
MALAYSIA
KWSP gesa reformasi sistem persaraan, kesihatan hadapi penuaan negara
BISNES
Richworks Academy bakal anjur program 10X Bina Bisnes Berjaya di Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Trump harap Israel-Iran capai perjanjian tamat konflik, tidak tolak kemungkinan berlanjutan

Agensi
Agensi
16/06/2025
00:30 MYT
Trump harap Israel-Iran capai perjanjian tamat konflik, tidak tolak kemungkinan berlanjutan
Trump berkata, beliau harap Israel dan Iran dapat mencapai perjanjian bagi menamatkan konflik. REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berharap Israel dan Iran dapat mencapai perjanjian bagi menamatkan konflik namun dalam masa sama mengakui adakala situasi memerlukan "perlawanan terlebih dahulu" sebelum penyelesaian dapat dicapai.
Bercakap kepada pemberita sebelum berlepas ke Sidang Kemuncak G7 di Kanada pada Ahad, Trump menegaskan AS akan terus menyokong pertahanan Israel, tetapi enggan mengulas sama ada beliau telah meminta sekutunya itu untuk menghentikan serangan ke atas Iran.
"Saya harap akan ada perjanjian. Saya rasa sudah tiba masanya untuk perjanjian dan kita akan lihat apa yang berlaku. Kadangkala mereka perlu berperang dahulu, tetapi kita akan lihat bagaimana keadaannya," kata Trump.
Konflik antara Israel dan Iran memasuki hari ketiga dengan kedua-dua negara melancarkan serangan udara yang mengorbankan ramai orang awam.
Israel menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu Iran, manakala Iran membalas dengan serangan peluru berpandu ke beberapa bandar utama Israel, termasuk Tel Aviv dan Haifa.
Trump sebelum ini memberi amaran kepada Iran agar tidak menyerang aset AS serta memberi amaran "kekuatan penuh dan kehebatan" tentera negara itu akan digembleng jika Iran bertindak demikian.
Sidang Kemuncak G7 dijangka membincangkan krisis ini secara mendalam, dengan beberapa pemimpin dunia menyeru agar kedua-dua pihak segera menghentikan serangan dan mencari penyelesaian diplomatik.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#G7
#konflik Israel-Iran
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami