awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump kata ada 'berita baik' tentang Gaza, sedia bertemu PM Qatar

Bernama
Bernama
17/07/2025
03:40 MYT
Trump kata ada 'berita baik' tentang Gaza, sedia bertemu PM Qatar
Trump tidak memberikan butiran lanjut, namun kenyataan itu dibuat ketika beliau bersedia menjadi tuan rumah untuk Sheikh Mohammed dalam satu majlis makan malam di Rumah Putih. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata terdapat "berita baik" mengenai Gaza ketika beliau bersiap sedia untuk bertemu Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim bin Jaber Al Thani di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump menyatakan terdapat berita baik mengenai Gaza dan beberapa isu lain semasa bersiap sedia untuk bertemu Perdana Menteri Qatar di Rumah Putih, namun tidak memberikan butiran lanjut.
  • Rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Doha menunjukkan kemajuan dramatik, dengan fokus kepada pertukaran tahanan dan penghentian konflik yang telah menyebabkan puluhan ribu kematian serta krisis kemanusiaan di Gaza.
  • Israel berdepan tindakan undang-undang antarabangsa termasuk waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap pemimpinnya dan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa susulan serangan ketenteraan di Gaza.

"Kita ada beberapa berita baik mengenai Gaza dan juga berita baik berkaitan beberapa perkara lain yang sedang kita usahakan pada peringkat tertinggi. Tetapi anda telah melakukan tugas yang cemerlang," kata Trump kepada utusannya bagi Timur Tengah, Steve Witkoff, semasa majlis menandatangani rang undang-undang di Rumah Putih.
Trump tidak memberikan butiran lanjut, namun kenyataan itu dibuat ketika beliau bersedia menjadi tuan rumah untuk Sheikh Mohammed dalam satu majlis makan malam di Rumah Putih.
Majlis makan malam itu kini disenaraikan sebagai tertutup kepada media, namun majlis seumpamanya sebelum ini pernah dibuka untuk liputan media bagi kenyataan ringkas.
Majlis berkenaan berlangsung ketika rundingan untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang dikepung masih diteruskan.
Media Israel pada Selasa melaporkan bahawa terdapat "kemajuan dramatik" dalam tempoh 24 jam lalu dalam rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas yang sedang berlangsung di Qatar.
Rundingan itu bermula pada 6 Julai di ibu negara Qatar, Doha, dengan usaha untuk mencapai persetujuan termasuk gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak.
Sejak 7 Okt 2023, Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran di Gaza yang telah meragut hampir 58,500 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Lebih 10,000 masih dilaporkan hilang, manakala ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal, di tengah-tengah krisis kebuluran yang meluas.
Israel menganggarkan kira-kira 50 tebusan masih ditahan di Gaza, 20 daripadanya disyaki masih hidup.
Sebaliknya, Israel menahan lebih 10,800 rakyat Palestin di penjaranya, kebanyakannya dilaporkan mengalami penyeksaan, kebuluran dan pengabaian perubatan, menurut pertubuhan hak asasi manusia Palestin dan Israel.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa susulan perang di wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Genosid Gaza
#Israel
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan