awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?

Dzulfitri Yusop
Dzulfitri Yusop
09/11/2024
23:30 MYT
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Tidak jelas bagaimana pendekatan yang akan diambil oleh Trump kelak terhadapa apa yang berlaku di Gaza. - Gambar Reuters
KAHERAH: Amerika Syarikat (AS) perlu berhenti menyalurkan bantuan ketenteraan untuk membenarkan genosid terus berlaku di Gaza.
Tegas pakar undang undang antarabangsa dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), Prof Balakrishnan Rajagopal, negara Uncle Sam itu perlu mematuhi kewajiban undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
"Kerajaan sesebuah negara boleh berubah, tetapi kewajipan undang-undang antarabangsa negara tersebut kekal.
“Ini termasuk Amerika Syarikat, yang tidak kira sama ada ia dikuasai oleh Demokrat atau Republikan, negara itu tetap bertanggungjawab mengikut undang-undang antarabangsa’, kata Rajagopal yang juga Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu perumahan.
Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Astro AWANI ketika menghadiri World Urban Forum ke 12 (WUF12) yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Tegas beliau, tindakan AS untuk membekalkan senjata kepada Israel dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza adalah jenayah berat mengikut undang-undang antarabangsa.
"Amerika Syarikat telah terpalit dengan jenayah yang sangat serius di bawah undang-undang antarabangsa dengan membekalkan senjata terhadap pihak yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
“Ini telah lama berlaku sejak sebelum pilihan raya Presiden berlangsung’.
“Saya berharap kerajaan baharu di Amerika Syarikat akan memenuhi kewajiban undang-undang antarabangsa mereka dengan menghentikan penyaluran senjata pada Israel,” kata Rajagopal.
Selain itu, beliau turut menyeru agar kerajaan baharu AS mengambil langkah segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang sedang menderita akibat sekatan dan keganasan.
"Di samping menghentikan pembekalan senjata, mereka juga perlu memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada rakyat Gaza," tambahnya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#White House
#masa depan rakyat Gaza
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan