Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan

Pakej pembiayaan itu kini menunggu kelulusan Dewan Perwakilan AS, selepas pembiayaan agensi persekutuan tamat pada tengah Sabtu malam, sekali gus mencetuskan penutupan terhad. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Penutupan sebahagian kerajaan Amerika Syarikat (AS) memasuki hari ketiga pada Isnin apabila kebuntuan pembiayaan berterusan, dengan Demokrat menuntut pembaharuan penguatkuasaan imigresen sebagai syarat meluluskan perjanjian bagi membuka semula operasi kerajaan.
Senat AS sebelum ini meluluskan lima rang undang-undang perbelanjaan, namun pembiayaan penuh untuk Department of Homeland Security (DHS) dikeluarkan dan digantikan dengan pembiayaan sementara selama dua minggu.
Pakej pembiayaan itu kini menunggu kelulusan Dewan Perwakilan AS, selepas pembiayaan agensi persekutuan tamat pada tengah Sabtu malam, sekali gus mencetuskan penutupan terhad.
Demokrat mahu perubahan terhadap operasi imigresen, termasuk mewajibkan ejen memakai kamera badan dan melarang penggunaan penutup muka.
Presiden Donald Trump menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang itu tanpa berlengah.
Penutupan ini telah menjejaskan beberapa perkhidmatan kerajaan, termasuk memaksa ribuan pekerja kawalan trafik udara bercuti tanpa gaji serta menangguhkan laporan pekerjaan bulanan AS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


