Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sedang mempertimbang untuk mengusir beberapa diplomat Rusia di Amerika Syarikat sebagai tanda solidaritinya kepada Britain.
Pengumuman dijangka dibuat Trump selewat-lewatnya Isnin.
Namun ia masih bergantung kepada tindakan seterusnya yang bakal diambil Kesatuan Eropah berhubung isu agen saraf yang digunakan bagi meracun bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia.
Sergei dan Yulia masih kritikal di hospital setelah didapati tidak sedarkan diri sejak 4 Mac lalu di Salisbury.
Pada Jumaat, kesemua negara anggota EU bersetuju untuk mengambil tindakan penalti tambahan terhadap Rusia berhubung serangan agen saraf terbabit.
Jurucakap White House, Raj Shah berkata Amerika Syarikat juga sedang mempertimbangkan bagaimana untuk bertindak balas tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
"Amerika Syarikat berdiri teguh dengan United Kingdom dalam mengutuk tindakan Rusia yang keterlaluan.
"Presiden sentiasa mempertimbangkan pilihan untuk turut mengenakan tindakan ke atas Rusia sebagai tindak balas terhadap perbuatan jahatnya.
"Namun kami tidak mempunyai sebarang pengumuman rasmi buat masa ini," jelasnya.
Moscow sebelum ini telah berulang kali menafikan tuduhan tersebut dan telah membalas tindakan Britain dengan turut mengusir 23 diplomat Britain dari Rusia susulan pengusiran yang dibuat Britain ke atas 23 diplomat Rusia lima hari sebelum itu.
Trump pada masa sama dilihat berusaha memperbaik hubungan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin minggu lalu dengan menyampaikan ucapan tahniah kepada Putin atas kemenangan semula sebagai presiden.
Agensi
Sun Mar 25 2018
Donald Trump sedang mempertimbang untuk mengusir beberapa diplomat Rusia di Amerika Syarikat sebagai tanda solidaritinya kepada Britain. -Reuters
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.