awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump, Presiden Syria adakan pertemuan pertama di Riyadh

Bernama
Bernama
14/05/2025
08:59 MYT
Trump, Presiden Syria adakan pertemuan pertama di Riyadh
White House dan media Arab Saudi melaporkan mengenai pertemuan itu namun tiada butiran lanjut mengenai kandungannya didedahkan setakat ini. - Reuters
ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan pertemuan sulung dengan rakan sejawatnya dari Syria, Ahmad al-Sharaa di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
White House dan media Arab Saudi melaporkan mengenai pertemuan itu namun tiada butiran lanjut mengenai kandungannya didedahkan setakat ini.
Seorang pegawai White House sebelum ini berkata Trump bersetuju untuk bertemu al-Sharaa semasa lawatannya ke Arab Saudi pada Rabu.
Pada Selasa, Trump ketika Forum Pelaburan Arab Saudi-AS 2025 di Riyadh berkata beliau akan mengarahkan penghapusan sekatan AS ke atas Syria yang disifatkannya sebagai "kejam dan melumpuhkan", bagi memberi peluang kepada negara itu "meraih kegemilangan."
Trump tiba di Arab Saudi pada Selasa, memulakan lawatan ke negara Teluk yang turut merangkumi Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad al-Sharaa
#Amerika Syarikat
#Syria
#Donald Trump
#Riyadh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan