awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump rancang batal status undang-undang sementara warga Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2025
01:00 MYT
Trump rancang batal status undang-undang sementara warga Ukraine
Trump akan segera memutuskan sama ada untuk membatalkan status undang-undang sementara bagi hampir 240,000 rakyat Ukraine yang melarikan diri dari konflik dengan Rusia. - Foto REUTERS
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan segera memutuskan sama ada untuk membatalkan status undang-undang sementara bagi hampir 240,000 rakyat Ukraine yang melarikan diri dari konflik dengan Rusia.
Berita mengenai potensi berlaku perubahan status itu membuatkan komuniti Ukraine di New York berasa takut dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Pengarah Komunikasi Jawatankuasa Kongres Ukraine Amerika, Andrij Dobriansky berkata, komuniti Ukraine di AS mula bimbang mengenai laporan awal selepas pelantikan Trump.
"Orang ramai mula takut pada awal tahun 2025, selepas pelantikan, apabila laporan awal diberikan kepada pelbagai pemimpin komuniti, imigresen dan pejabat kakitangan baharu AS di negeri-negeri berbeza, mereka diberitahu secara langsung oleh pegawai pentadbiran lama bahawa ia akan berlaku, pelbagai status akan dibatalkan untuk minoriti berbeza termasuk warga Ukraine.
"Kenyataan itu telah reda selepas ia dinafikan oleh pihak pentadbiran. Itu berlaku pada bulan Januari, Februari. Ketika ini, kami tidak mendapat kenyataan rasmi penafian bahawa perkara itu akan diteruskan oleh pihak pentadbiran, tetapi kami sedang mempersiapkan orang ramai untuk memahami hak mereka," katanya.
Rancangan membatalkan perlindungan untuk warga Ukraine di AS akan menjadi sebahagian daripada usaha luas oleh pentadbiran Trump sekali gus menjejaskan status sah lebih daripada 1.8 juta migran yang dibenarkan memasuki AS di bawah program parol kemanusiaan sementara yang dilancarkan di bawah pentadbiran Biden.
Tindakan membatalkan status warga Ukraine di AS berkemungkinan bermula April depan yang mana rancangan dilaporkan diutarakan lebih awal, sebelum Trump secara terbuka bertelagah dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy di White House, minggu lalu.
Sementara itu, Setiausaha akhbar White House, Karoline Leavitt menolak laporan Reuters dalam satu hantaran di X memaklumkan, tiada keputusan telah dibuat pada masa ini.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Imigresen
#Ukraine
#Andrij Dobriansky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan