awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka berjaga-jaga susulan kemunculan kes virus Nipah di timur India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ringankan hukuman penjara bekas ahli Kongres George Santos

Bernama
Bernama
18/10/2025
21:00 MYT
Trump ringankan hukuman penjara bekas ahli Kongres George Santos
George Santos (gambar) mungkin dianggap sebagai seorang 'nakal', tetapi ramai lagi 'nakal' di seluruh negara ini yang tidak dipaksa menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun, kata Presiden Trump. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau telah meringankan hukuman penjara bekas ahli Kongres Republikan, George Santos yang disabitkan atas kesalahan penipuan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Trump membuat pengumuman itu menerusi platform Truth Social dengan berkata, Santos akan dibebaskan dari penjara serta-merta, tanpa memberikan butiran lanjut.
"George Santos mungkin dianggap sebagai seorang 'nakal', tetapi ramai lagi 'nakal' di seluruh negara ini yang tidak dipaksa menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun," tulis Trump.
"George telah ditempatkan dalam tahanan bersendirian untuk tempoh yang lama dan menurut semua laporan, telah dilayan dengan teruk," tambahnya.
"Oleh itu, saya baru sahaja menandatangani satu perintah pengurangan hukuman, membebaskan George Santos dari penjara serta-merta. Semoga berjaya George dan semoga hidupmu hebat!" katanya.
Santos dijatuhkan hukuman lebih tujuh tahun penjara pada April atas kesalahan penipuan dan pencurian identiti, antara lain, selepas mengaku bersalah.
Beliau mula menjalani hukuman pada Julai.
Dalam sepucuk surat terbuka yang dikongsi di akaun X miliknya beberapa hari lalu, Santos telah meminta kebenaran daripada Trump untuk pulang ke rumah.
Kerjaya politik Santos di peringkat nasional telah dibayangi oleh pelbagai tuduhan penipuan sejak awal lagi.
Beliau memalsukan sebahagian besar resume yang dikemukakan kepada pengundi pada 2022 dan dari semasa ke semasa lebih banyak pembohongan serta insiden pelik berkaitan dirinya terbongkar.
Disebabkan pembohongan dan tingkah lakunya yang tidak menentu, Santos telah dipecat daripada Dewan Perwakilan AS pada awal Disember 2023.
Beliau hanya berkhidmat kira-kira setahun sebagai wakil sebuah daerah di New York dan dikenali sebagai penyokong Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#George Santos
#bekas ahli kongres
#Amerika Syarikat
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan