Trump sah akan bertemu Jong Un

Agensi
Mei 27, 2018 22:51 MYT
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Pertemuan itu bakal berlaku di sebuah sidang kemuncak nuklear di Singapura 12 Jun ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Trump sendiri melalui tweet terbaharunya.
"Sekumpulan pegawai Amerika Syarikat telah tiba di Korea Utara untuk melakukan persediaan terhadap sidang kemuncak antara Kim Jong Un dan saya sendiri.
"Saya percaya Korea Utara mempunyai potensi besar dan ia akan beri manfaat ekonomi dan kewangan satu hari nanti. Kim Jong Un bersetuju dengan saya. Ia (pertemuan) akan terjadi," kata Trump.

Our United States team has arrived in North Korea to make arrangements for the Summit between Kim Jong Un and myself. I truly believe North Korea has brilliant potential and will be a great economic and financial Nation one day. Kim Jong Un agrees with me on this. It will happen!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) May 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pyongyang dan Washington dilihat meneruskan rancangan pertemuan kedua-dua pemimpin itu, selepas Trump menarik diri daripada sidang kemuncak itu, Khamis lalu.
Namun, beliau mempertimbangkan semula keputusannya, keesokan harinya.
BACA: Trump batalkan persidangan dengan Korea Utara
BACA: Singapura kesal sidang kemuncak Trump-Kim dibatalkan
BACA: Putin kecewa Trump batalkan persidangan dengan Korea Utara
Akhbar The Washington Post memetik seorang sumber yang mengetahui perkara itu sebagai berkata, bekas duta AS ke Korea Selatan, Sung Kim merangkap bekas perunding nuklear bersama Korea Utara sedang mengetahui persediaan bagi pihak AS.
Beliau mengunjungi wilayah Korea Utara dengan pakar Korea Utara untuk Majlis Keselamatan Nasional Rumah Putih, Allison Hooker. Mereka bertemu dengan Naib Menteri Luar Korea Utara, Choe Son Hui, kata akhbar itu. Katanya, pegawai Pentagon, Randall Schriver turut berada di Seoul, ketika ini.
Mesyuarat itu dijangka berterusan sehingga Isnin atau Selasa dan menumpukan kepada isu program senjata nuklear Korea Utara, katanya.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Kim Jong Un #Korea Selatan #Korea Utara #Pyongyang #Singapura