awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel

Bernama
Bernama
26/01/2025
04:45 MYT
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Trump mengesahkan bahawa penghantaran 1,800 bom MK-84 ke Israel, yang tertangguh di bawah pentadbiran Biden, kini dalam perjalanan. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden kini dalam perjalanan," lapor Agensi Anadolu (AA).

Ringkasan AI
  • Trump mengesahkan bahawa penghantaran 1,800 bom MK-84 ke Israel, yang tertangguh di bawah pentadbiran Biden, kini dalam perjalanan.
  • Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
  • Sekatan asal dikenakan sebagai bantahan terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza, yang mencetuskan krisis dalam hubungan AS-Israel.

Ini termasuk penghantaran 1,800 bom MK-84 yang telah tertangguh selama beberapa bulan.
Kenyataan Trump di platform Truth Social itu dibuat susulan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran "bom", yang dikenakan pada Mei lepas oleh pentadbiran Biden.
Axios melaporkan bahawa sekatan itu ditarik balik selepas pegawai Israel dimaklumkan oleh Pentagon pada Jumaat.
Bom seberat 907.2 kilogram (kg) itu yang sebelum ini disimpan di AS dijangka akan dihantar dalam beberapa hari akan datang.
Sekatan yang dikenakan Biden sebelum ini bertujuan membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, sehingga mencetuskan satu daripada krisis paling signifikan dalam hubungan AS-Israel semasa serangan Israel ke atas wilayah itu.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggunakan kelewatan itu sebagai alat politik dengan mengumpulkan sokongan daripada penggubal undang-undang Republikan Amerika yang mengkritik pendirian Biden, walaupun sekatan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap potensi korban awam di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bom MK-84
#Donald Trump
#Israel
#Pentagon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan