awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sedia pindah perlawanan Piala Dunia 2026 dari 'bandar tidak selamat'

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2025
09:00 MYT
Trump sedia pindah perlawanan Piala Dunia 2026 dari 'bandar tidak selamat'
Trump, yang kini mengetuai Pasukan Petugas White House untuk Piala Dunia, mempunyai hubungan rapat dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino (kanan). -Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan kesediaan untuk memindahkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 dari bandar-bandar tuan rumah yang dianggap tidak selamat, sekiranya tahap keselamatan awam tidak memenuhi piawaian ditetapkan pentadbirannya.

Ringkasan AI
  • Donald Trump menyatakan kesediaan untuk memindahkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 dari bandar yang dianggap tidak selamat demi keselamatan peminat dan pemain.
  • Beliau merujuk statistik jenayah di bandar dikuasai Demokrat dan telah menempatkan Pengawal Kebangsaan di beberapa lokasi sebagai langkah keselamatan.
  • Pemerhati politik dan sukan mempersoalkan kuasa Trump dalam menentukan lokasi perlawanan kerana ia di bawah bidang kuasa FIFA.

Dalam kenyataan media di Pejabat Oval, Trump menegaskan bahawa keselamatan peminat dan pemain adalah keutamaan menjelang kejohanan yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
Amerika Syarikat dijadual menjadi tuan rumah utama bersama Kanada dan Mexico, dengan 78 daripada 104 perlawanan berlangsung di 11 bandar AS termasuk Los Angeles, San Francisco, Seattle, dan New York.
“Jika saya fikir sesuatu bandar itu tidak selamat, walaupun sedikit, kita akan pindahkan perlawanan ke lokasi lain,” kata Trump sambil merujuk statistik jenayah di beberapa bandar yang dikuasai parti Demokrat seperti Seattle dan San Francisco.
Beliau turut menyentuh tentang penempatan pasukan Pengawal Kebangsaan di beberapa bandar seperti Washington DC, Memphis dan Chicago sebagai langkah menangani jenayah dan ketidakstabilan sosial.
Trump, yang kini mengetuai Pasukan Petugas Rumah Putih untuk Piala Dunia, mempunyai hubungan rapat dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Infantino sebelum ini menyatakan keyakinan penuh terhadap pentadbiran Trump dalam menjayakan kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, pemerhati politik dan sukan mempersoalkan sama ada Trump mempunyai kuasa mutlak untuk mengubah lokasi perlawanan, memandangkan pemilihan bandar tuan rumah adalah di bawah bidang kuasa FIFA dan melibatkan logistik yang kompleks.
Undian peringkat kumpulan dijadual berlangsung pada 5 Disember di Washington DC, dengan perlawanan akhir akan diadakan di Stadium MetLife, New Jersey.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#FIFA
#Piala Dunia
#bandar tidak selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan