DUNIA

Trump selar WHO sebagai 'boneka China'

Najmi Syahiran Mamat 18/05/2020 | 23:52 MYT
Dakwa Trump, AS memperuntukkan AS$450 juta kepada WHO setiap tahun. -Gambar REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin menyelar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan gelaran ia sebagai ‘boneka’ milik China.

Menurut Trump, beliau tidak teragak-agak untuk sama ada menarik balik atau memotong sumbangan AS terhadap pertubuhan itu, lapor AFP.

Mereka ialah boneka kepada China yang cenderung kepada negara itu semata-mata untuk meletakkan situasi ini (pandemik COVID-19) dalam keadaan yang lebih baik,” kata Trump.

Dalam pada itu, Trump mendakwa AS memperuntukkan AS$450 juta kepada WHO setiap tahun yang dianggap sebagai sumbangan paling banyak dibuat oleh negara itu.

Sementara China, katanya, hanya memperuntukkan sumbangan tahunan sebanyak AS$40 juta.

Trump berkata demikian mengulas dakwaan pertubuhan itu yang dilihat gagal mengendalikan penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

BACA: COVID-19: AS desak WHO distruktur semula

“Kita tidak dilayan dengan baik. Mereka juga banyak memberikan nasihat yang tidak boleh dipakai,” katanya.

BACA: COVID-19: WHO lancar siasatan bebas berhubung pengendalian wabak koronavirus

#Amerika Syarikat #boneka China #China #COVID-19 #Donald Trump #koronavirus #pandemik #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO