DUNIA
Trump tandatangan 'One Big Beautiful Bill' jadi undang-undang

Speaker Dewan Perwakilan AS, Mike Johnson (kiri), memerhati Presiden Trump mempersembahkan RUU perbelanjaan dan cukai "One Big Beautiful Bill Act" selepas beliau menandatanganinya di White House. -Reuters
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani rang undang-undang dasar utama beliau, "One Big Beautiful Bill" menjadi undang-undang pada petang Jumaat, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump menandatangani rang undang-undang "One Big Beautiful Bill" pada 4 Julai 2025, yang merangkumi pemotongan cukai serta peningkatan perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan sempadan.
- Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti tipis 218-214 di Dewan Perwakilan, dengan semua ahli Demokrat dan dua ahli Republikan menentangnya.
- Undang-undang tersebut dijangka menambah hutang negara sebanyak US$3.3 trilion dan mengurangkan perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan serta program makanan untuk golongan miskin.
Ahli-ahli Dewan Perwakilan daripada kedua-dua parti berbeza pendapat mengenai rang undang-undang itu, yang merangkumi pemotongan besar dalam perbelanjaan penjagaan kesihatan dan program makanan untuk golongan miskin serta peningkatan perbelanjaan untuk ketenteraan dan keselamatan sempadan, selain pemotongan cukai ke atas pelbagai kategori pendapatan. Rang undang-undang itu dijangka akan menambah hutang negara sebanyak US$3.3 trilion.
Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan dengan majoriti tipis 218 berbanding 214, dengan semua anggota Parti Demokrat dan dua anggota Parti Republikan, Thomas Massie dari Kentucky dan Brian Fitzpatrick dari Pennsylvania, mengundi menentangnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami